SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, KAJANG 43000 SELANGOR

skdabb@yahoo.com.my
http://www.skdabbsepang.blogspot.com
TEL: 03-89255973
FAKS: 03-89251136
ALAMAT : SK DATO ABU BAKAR BAGINDA, 43000, KAJANG, SELANGOR

.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011. SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR PADA 13 - 15 SEPTEMBER 2011.

DARI MEJA GURU BESAR

DARI MEJA GURU BESAR

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda
mengutamakan kecemerlangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan beamal seiring dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SEKOLAH

Ke arah pendidikan yang cemerlang bagi melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap, amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan berteknologi maklumat. Membentuk guru-guru dan kakitangan yang "BERIMAN, DEDIKASI, KREATIF DAN IKHLAS" Mewujudkan pemuafakatan yang baik, harmoni, akrab, bekerjasama dan semangat kekeluargaan di kalangan warga sekolah, PIBG dan masyarakat sekitar. Mewujudkan suasana dan keperluan sekolah yang selesa, indah, ceria, harmoni dan penyayang.

SEJARAH SKDABB

Usaha penduduk kampung untuk mendirikan sekolah ini bermula pada 1957 diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Allahyarham Hj. Zainuri b. Hassan. Pada tahun 1961 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 3 buah bilik darjah dan beroperasi pada 1 Disember 1961. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham En. Mohd. Sharif b. Othman. Bilangan muridnya ialah 51 orang. Pada 7 April 1961 sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato’ Abu Bakar Baginda. Atas mengenang jasa baik beliau, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda. Kepadatan penduduk di kawasan ini menyebabkan bilangan murid bertambah pada tahun 1980. Sekali lagi AJK PIBG dan JKKK Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda telah bermesyuarat dan mengambil keputusan memohon bangunan tambahan. Pada 11 April 1982 satu upacara meletakkan batu asas telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB. Dato’ Hj. Suhaimi b. Dato’ Haji Kamaruddin. Alhamdulillah, pada 14 Mac 1984 bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina, terdiri daripada 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 perpustakaan, 2 bilik serbaguna, 1 bilik tayangan, 2 tandas, padang, pagar serta kemudahan asas seperti elektrik dan air. Kos kesemua ini berjumlah RM508,000.00. Guru Besar pada ketika itu ialah Allahyarham En. Abu b. Darmo. Disebabkan pembangunan yang pesat dari segi jumlah penduduk dan persekitaran maka bilangan murid bertambah dengan mendadak. Pihak sekolah bersama dengan PIBG telah memohon menaiktaraf bangunan yang sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke 8. Tambahan pula lokasi sekolah ini berada di pinggiran Pusat Pentadbiran Putrajaya. Projek pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 1996. Pada tahun 1997 pihak JKR telah menyerahkan bangunan tersebut secara rasminya kepada pihak sekolah. Bangunan tersebut mengandungi 12 bilik darjah, 1 makmal sains dan 2 tandas. Pada tahun 2003 sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik Prasekolah. Semenjak dibuka, enam orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Guru Besar sekarang merupakan Guru Besar ke tujuh telah bertugas di sekolah ini bermula Jun 2011.

MELUKIS MURAL DI SKDABB - 14 SEPT 2011

MELUKIS MURAL DI SKDABB - 14 SEPT 2011
Bukan sahaja menjadi pendidik bahkan sangat kreatif dan sentiasa bersedia dengan penuh keikhlasan dalam apa sahaja tugasan yang diberi.

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3
ISNIN 15/08/2011

PEMANDANGAN SEKITAR SKDABB

SEKOLAH KITA

SEKOLAH KITA
Pemandangan SKDABB yang diambil dari udara pada 3/10/10 oleh En.Mujib Ahmad b.Abd.Rashid sempena Hari Kantin 2010.

YDP PIBG

EN.NORAZMAN B.MOHD YOB - SESI '10/'11
EN.NORAZMAN B.MOHD YOB -SESI '09/'10

GAMBAR GURU-GURU SKDABB

GAMBAR GURU-GURU SKDABB

AJK PIBG

1) YDP : En.Norazman b.Mohd Yob

2) NYDP : En.Mohamed Pauzi b.Mahudin

3) Setiausaha :

4) Bendahari : Pn.Juliana bt.Jamaludin

5) AJK :

i) Tn.Hj.Abdul Jalil b.Saad

ii) Ir.Azizuddin b.Zakaria

iii) Pn.Siti Aisyah bt.Mohamad

iv) En.Hasidin b.Abdul Rashid - Juru Audit

v) En.Abdul Aziz b.Abdullah- Juru Audit

vi) En.Ismail b.Ramli

vii) En.Muhd Reduan b.Abd.Kadir

viii) Pn.Nur Mardhiah Hayati Ainillah bt.Abdullah

ix) Pn.Muslina bt.Mokhtar









PIBG '10/'11

PIBG '10/'11

Aktiviti & Mesyuarat AJK PIBG.

AKTIVITI

12/3/10-Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

6/3/10-Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34.

MESYUARAT AJK

22/5/10 - Mesyuarat AJK kali ke-2

24/3/10-Mesyuarat AJK yang pertama.

MESYUARAT KHAS

21/8/10 - Mesyuarat ke-2 Hari Kantin 2010.

10/7/10-Mesyuarat sempena Hari Kantin 2010.

3/4/10-Mesyuarat sempena Majlis Gotong-Royong Perdana SKDABB 2010.

19 August 2011

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3



Lawatan Pengarah Bahagian Sukan KPM dan TV3,pada hari Isnin 15/08/2011 bertujuan memantau Program 1 murid 1 Sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan padang permainan.Pengarah sangat berpuas hati melihat aktiviti 1Murid 1 Sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah kerana ia menepati kehendak pihak kementerian dan menteri pendidikan. Rakaman TV3 adalan untuk Program Berita 1M 1S pada 17/08/2011 jam 8.00malam.

03 August 2011

SUMBANGAN KASUT SEKOLAH DARIPADA UPM



Guru Besar dan pegawai dari UPM bergambar bersama murid-murid yang menerima sumbangan kasut sekolah.

02 August 2011

Salam Perpisahan Dari warga SKDABB



Warga SKDABB ingin mengucapkan salam perpisahan buat Pn.Hjh Noredzan bt Abu Bakar dan selamat bertugas di SK Taman Seroja Sepang.








Pn.Hjh. Noredzan bt Abu Bakar (01.10.2005 - 01.06.2011)

19 February 2011

Masuk paper lagi...

Gempar anak buaya sesat dalam longkang sekolah.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sekumpulan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang dekat sini gempar apabila menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu petang semalam.

Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan pelajar terancam

Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu.

Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 6.30 petang menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.

"Pihak kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya tersebut ekoran keadaan longkang yang agak sempit. Sebatang besi panjang yang diikat dengan botol digunakan untuk menolak anak buaya tersebut," katanya.

Hafizan berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk menjerut leher anak buaya tersebut disebabkan kedudukannya yang berada di tengah-tengah longkang.

Katanya, salah seorang daripada anggotanya yang bertubuh kecil terpaksa masuk ke dalam longkang untuk menjerut leher buaya tersebut.

Beliau menambah, anak buaya yang berjaya dibawa keluar itu kemudian dihantar ke pejabat JPAM Putrajaya sebelum dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Berita dipetik dari: Utusan online 19/2/2011. Berita juga boleh dibaca di berita Kosmo m/s:17.

21 November 2010

Selamat Berpisah.

19/11/10 (Jumaat)-Merupakan hari terakhir buat Ustazah Kamariah dan Cikgu Manap berkhidmat di SKDABB.Ini kerana mereka masing-masing telah berjaya di dalam permohonan untuk berpindah ke sekolah yang baru.Ustazah Kamariah akan berpindah ke Pahang dan Cikgu Manap akan berpindah ke Perak.Cikgu Manap telah berkhidmat di SKDABB selama 10 tahun manakala Ustazah Kamariah selama 8 tahun.


Kelihatan Cikgu Manap (2 dari kiri) dan Ustazah Kamariah (3 dari kanan) sedang bergambar bersama-sama dengan guru-guru SKDABB selepas tamat sesi persekolahan tahun 2010.
Kepada Cikgu Manap dan Ustazah Kamariah semoga berjaya di tempat tugas yang baru dan segala jasa dan bakti kalian di SKDABB semoga Allah yang membalasnya.

Majlis Korban.

18/11/10 (Khamis)-Satu majlis korban sebanyak 2 ekor lembu telah diadakan di SKDABB sempena hari Raya Korban.Ini merupakan kali pertama SKDABB menganjurkan majlis korban.Majlis bermula jam 7.30 pagi.Kelihatan di dalam gambar Cikgu Ismail dan Cikgu Manap sedang memotong daging lembu untuk disedekah dan dimasak.


Semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh kakitangan SKDABB patut menjadi contoh kepada semua.Kelihatan kakitangan SKDABB sedang memotong daging lembu kepada lebih kecil bagi memudahkan untuk dimasak.

Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama membantu guru-guru dalam menyediakan daging korban.Kelihatan beberapa orang pelajar sedang membersihkan daging lembu sebelum dimasak.

Kelihatan Pak Ya,Cikgu Yazie dan Cikgu Mohd Nor sedang memasukkan daging lembu ke dalam kawah untuk dimasak.

Lebih kurang jam 11.30 pagi semuanya telah siap dan sedia untuk dijamu kepada semua pelajar dan kakitangan SKDABB.Kelihatan dalam gambar para pelajar sedang beratur untuk mendapatkan makanan daripada Cikgu Hidayat.

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK).

12/11/10 (Jumaat)- Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah diadakan di dewan SKDABB bagi meraikan para pelajar yang berjaya di dalam akademik sepanjang sesi persekolahan 2010.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fazirul,ucapan daripada Pn.Handon GPK1,YDP PIBG En.Norazman b.Mohd Yob dan seterusnya dirasmikan oleh En.Mohd Alias,Ketua Unit Sains & Matematik PPD Sepang.

Kelihatan di dalam gambar En.Omar b.Abas,GPK HEM sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun.

En.Norazman b.Mohd Yob (YDP PIBG) sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar Prasekolah simbolik kepada Majlis Graduasi mereka.

Majlis hari HAK diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar tahun 6.

Majlis bergambar dengan tokoh-tokoh pelajar SKDABB tahun 2010.Tokoh Pelajar (Abd.Aziz),Tokoh Ko-Kurikulum (Imanuddin) dan Tokoh Kurikulum (Amirruddin).

Jamuan Tahun 6.

10/11/10-(Rabu).Satu majlis jamuan tahun 6 telah diadakan di dewan SKDABB.Majlis ini bagi meraikan para pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan SKDABB.Majlis dimulai dengan ucapan daripada GPK1 Pn.Handon.Majlis tamat lebih kurang 2 jam kemudian.Begitu meriah sekali majlis tersebut dengan pelbagai jenis hidangan.Kepada pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan SKDABB,semoga berjaya hendaknya....

Sumbangan YTN.

4/11/10-Khamis.Satu majlis ringkas penyerahan cek daripada pihak Yayasan Tenaga Nasional (YTN) telah berlangsung di Pusat Sumber SKDABB.Pada tahun ini sumbangan tersebut akan diguna pakai untuk menambah baik bahan-bahan di dalam PSS.Kelihatan dalam gambar Pn.Handon mewakili Guru Besar sedang menerima sumbangan berbentuk cek daripada pihak YTN.


Kelihatan di dalam gambar pihak pentadbir sekolah sedang berbual dengan pihak YTN semasa jamuan ringan.Ini merupakan kali ke-2 pihak sekolah menerima sumbangan daripada pihak YTN.
p/s: Kepada pihak YTN,terima kasih daun keladi,kalau ada rezeki tahun hadapan jemputlah datang lagi....

Perkhemahan Unit Uniform.

30 - 31/10/10-Bertempat di Kem D'Perkasa,Gombak Selangor,Perkhemahan Unit Uniform SKDABB 2010 telah diadakan.Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan unit uniform telah dijalankan.Kebanyakan yang menyertai aktiviti perkhemahan kali ini terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5 sahaja.

Aktiviti dijalankan di dalam dewan dan di luar dewan,iaitu di sekitar kem.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kembara malam,meredah hutan,aktiviti ketahan fizikal dan banyak lagi aktiviti yang mencabar.

Kelihatan di dalam gambar aktiviti makan tengah hari yang dijalankan di dewan makan terbuka.Makanan yang disediakan juga agak lazat dan sedap.

Keliahatan di dalam gambar Cikgu Amran dan Cikgu Reduan sedang membakar ikan yang berjaya dipancing di dalam kolam berhampiran kem.

Padang sekolah

Setelah sekian lama menanti padang yang baru akhirnya termakbul juga impian seluruh warga SKDABB apabila peruntukan untuk membaik pulih padang telah pun diluluskan.Bermula awal bulan Oktober 2010 maka bermula kerja-kerja membaik pulih.

Gelanggang sepak takraw juga telah dibaik pulih sekali.Diharapkan dengan adanya padang dan gelanggang yang baru ini akan memudahkan para pelajar menjalani aktiviti di padang mahupun aktiviti ko-kurikulum.

KEM BINA SEMANGAT.

23/10/10-Sabtu.Bertempat di Kem Iman D'Semungkis,Sg.Semungkis,Hulu Langat Selangor kakitangan SKDABB telah menjalani satu program Bina Semangat selama satu hari.Program bermula dengan semua kakitangan SKDABB berkumpul di sekolah,menaiki bas bersama-sama pada jam 8.30 pagi dan jam 9.15 pagi semua selamat sampai di kem tersebut dan telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh kakitangan Exact Training yang diketuai oleh Mohd Fazli b.Abd.Manaf.
Program kali ini berteraskan konsep 'Team Building'.Semua aktiviti telah dijalankan secara berkumpulan dan semua bertempat di daslam dewan.Kelihatan di dalam gambar En.Mohd Fazli selaku ketua komandan sedang memberi taklimat berkaitan program.

Antara aktiviti luar yang dilkukan adalah aktiviti perlawanan bola di dalam air.Aktiviti yang begitu menyeronokkan sekali.Tahniah kepada kumpulan yang menang.

Tepat jam 4.30 petang selesai semua aktiviti.Satu majlis penyampaian sijil telah dilakukan.Kelihatan di dalam gambar En.Mohd fazli sedang menyampaikan sijil kepada GPK1 Pn.Handon bt.Asaari simbolik kepada majlis penutupan program 'Team Building' SKDABB.

15 October 2010

SKDABB dalam akhbar Utusan Malaysia.

13/10/10-Berita mengenai Dasar ICT dalam pendidikan dilancarkan "Membangunkan lagi modal insan" (Utusan Malaysia,m/s: 4).Keterangan mengenai gambar " Muhyiddin Yassin mendengar hasil kerja mengedit bunyi dan muzik dari pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda,Abdul Aziz Mohd Chabar dan Nur Zetty Zabani (kiri) selepas majlis pelancaran Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan di Putrajaya".

14 October 2010

Majlis Hi-Tea 2010

14/10/10-Majlis jamuan Hi-Tea untuk kakitangan SKDABB telah diadakan di Maeps @ Mardi (UPM).Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.Disamping majlis akhir tahun,majlis ini juga sebenarnya untuk meraikan Pn.Norjehan yang telah bertukar ke PPD Sepang (tapi sayang beliau tidak dapat hadir keranan ada urusan rasmi).Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Rozi seterusnya ucapan dari Guru Besar


Pelbagai jenis makanan dihidangkan untuk kakitangan SKDABB daripada makanan sea food hinggalah ke 'ABC'.Sampai dah tak tau mana satu jenis makanan yang hendak dipilih.Kelihatan di dalam gambar Kak Islina sedang memilih beberapa jenis makanan sea food untuk dimasak seterusnya menjamu selera.

Makanan yang dihidangkan sememangnya sedap-sedap belaka.Kelihatan di dalam gambar dari kiri: Pn.Zaida,Pn.Norwati,Pn.Farizah,Pn.Juridah dan Pn.Mardhiah.

Kelihatan di dalam gambar kakitangan SKDABB sedang menjamu selera sambil menyaksikan Sukan Komanwel di New Delhi dalam acara badminton.

Sambil menjamu selera,majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada semua kakitangan SKDABB.Kelihatan di dalam gambar Cikgu Yazie sedang menerima hadiah berupa sumbangan khas dari Kelab Guru & Pekerja kerana baru-baru ini beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya.
p/s: Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan,InsyaAllah.

11 October 2010

Majlis Jamuan Makan...

11/10/10-Satu majlis jamuan makan di rumah Guru Besar,Pn.Noredzan telah diadakan di Nilai Impian bermula jam 2.30 petang bagi meraikan keberangkatan beliau dan suami ke Mekah bagi menunaikan fardu haji pada 18/10/10 dan juga bagi meraikan Guru Besar yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009.

Pada majlis tersebut bacaan doa telah diketuai oleh Cikgu Hazri,seterusnya semua guru dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan antaranya sate,nasi himpit dan beberapa jenis makanan yang sememangnya sedap.Kelihatan di dalam gambar dari kiri : Cikgu Hazri,En.Sakur,Cikgu Yazie,Cikgu Manap,Cikgu Aszoura.Di sebelah belakang pula kelihatan dari kiri : Cikgu Kastari,Cikgu Reduan dan Pak Ya.

Boleh dikatakan hampir 98% kakitangan SKDABB telah datang bagi meraikan Guru Besar.Kelihatan di dalam gambar suasana guru-guru sedang menikmati juadah hidangan di ruang depan rumah Guru Besar.

Kelihatan guru-guru perempuan yang berada di dalam ruang tamu sedang menikmati hidangan.Dari kiri: Pn.Mardhiah hayati,Pn.Norwati,Pn.Zaida,Pn.Kamariah dan Pn.Farizah.
Kami warga SKDABB ingin mengucapkan 'Selamat berangkat bagi menunaikan fardu haji buat Guru Besar dan suami,semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali,dan tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009.

07 October 2010

Ceramah Pusat Panggilan Kecemasan & JPAM

7/10/10-Satu program khas dari Pusat Panggilan Kecemasan dengan kerjasama TM dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah datang ke SKDABB dalam program memberi penerangan tentang fungsi Pusat Panggilan Kecemasan.Pelbagai maklumat telah disampaikan kepada para pelajar.
Majlis telah berlangsung di dalam dewan SKDABB dengan dihadiri oleh semua para pelajar dari Prasekolah sehingga tahun 6 dan semua guru.

Selain dari memberi penerangan,soalan kuiz juga turut diadakan.Kepada yang berjaya menjawab dengan tepat,hadiah akan diberi.

Penyampaian hadiah cenderamata daripada pihak TM kepada Guru Besar.

Penyampaian cenderamata dari pihak JPAM kepada Guru Besar.

Demonstrasi menangkap ular sawa dari pihak JPAM.

Demonstrasi memadamkan api oleh pihak JPAM.

04 October 2010

Hari Kantin 2010.

3/10/10-Hari Kantin SKDABB 2010 anjuran PIBG telah berlangsung dalam suasana yang begitu meriah sekali.Majlis telah bermula jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh En.Alwie b.Che Sulaiman (Pen.PPD,Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya).Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang majlis tersebut.Terdapat pelbagai jenis gerai seperti gerai air minuman,makanan,baju,buku,Etiqa Takaful,Kelab Usahawan,Al-Jabbar,menunggang kuda dan Kelab Guru.Dari agensi kerajaan terdapat pameran seperti AADK,Polis,Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi memeriahkan lagi majlis.
Sebagai simbolik kepada perasmian pada majlis kali ini ialah pertunjukkan dari paraglider yang diketuia oleh En.Mujib Ahmad,yang melepaskan gula-gula dari udara ke kawasan perasmian.Sungguh meriah sekali apabila para pengunjung berebut-rebut bagi mendapatkan gula-gula terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Pemandangan yang diambil dari udara yang menunjukkan kawasan SKDABB semasa berlangsungnya majlis Hari Kantin SKDABB 2010.

Kelihatan Guru Besar Pn.Noredzan bersama Ketua Kampung,Tn.Hj.Norazhar b.Hj.Mohd Rawi mengiringi En.Alwie b.Che Sulaiman melawat gerai-gerai pameran dan jualan.Kehadiran para pengunjung amat memberangsangkan sekali,boleh dikatakan hampir 1000 orang pengunjung telah melawat ke gerai-gerai pada kali ini.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Hari Kantin 2010 SKDABB pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

AKTIVITI SEMASA

.

Solat Hajat & Bacaan Yasin - 17/9/10

Hari Kantin 2010

Hari Kantin 2010.

Majlis bermaaf-maafan - 3/9/10

5A UPSR SKDABB

1. AREENA
2. ABD.AZIZ
3. FATIN IZATI
4. NURUL SHAHIRAH AHMAD ZAIDI
5. NURUL SYAHIRAH ZAINORDIN
6. HAFIZATUL AMIRA
7. SYAFIQAH NAJIHAH
8. NADIA SAIDI
9. FIKRI AKMAL
10. IMANUDDIN
11. AINUR SOFIA
12. AIDA NABILAH
13. AMIRUDDIN
14. NOR SYAZA
15. PUTERI NUR AMIRA
16. AMIR IRSYAD

LAWATAN RASMI








Lawatan ke Terengganu 1.

Lawatan ke Terengganu 2

Lawatan ke Terengganu 3

KELAB & PERSATUAN 2010

P&P SAINS dan MATEMATIK

Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

maklumat lanjut sila klik: http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=354





Gambar kelas 2009.

GAMBAR KELAS 2010


Pihak penaja blog SKDABB dengan berbesar hati ingin menjemput kepada semua bekas guru/pelajar/kakitangan SKDABB supaya dapat menghubungi blog bagi mengetahui perkembangan semasa anda semua,disamping dapat memeriahkan lagi ruangan di blog ini.Kepada yang berminat untuk menyertai ruangan ini sila emailkan maklumat diri anda kepada skdabb@yahoo.com.my.Harap maklum.

ALUMNI PELAJAR-( 6 orang ) sehingga 12/1/10

6) Nurhabsah Binti Jamil /1998-2003.(Asasi Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional, Kajang, Selangor).
No.tel : 017-354-7295
Email : nurhabsah@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 12/1/10)

5) Ahmad Firdaus b.Azra'in / 1996-2001 .(Tahun 1 Division of Electric and Electronic System Engineering,Iwate University, Japan. No.tel : +81-090-6565-3849
email: ahmadfirdauso6@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10).

4) Nabila Najwa bt. Azman / 1997-2002. (tahun 1 di UiTM Shah Alam,degree of bacherlor (HONS) of chemical and bioprocess engineering.
email: bell_blackroses@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10)

3) Mohd Afzam bin Zulkepli /1996-2001.(1st year mechanical engineering, Hiroshima University, Japan), contact num: 080-4263-6487
email: zam_138@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10).

2) Azalea Anis Rohimi / 1996-2001.(Tahun 2, Degree of Bachelor of Biomedical Engineering Universiti Malaya (UM).
No tel : 012-3575068.Email: zalea_acanthus@yahoo.com (maklumat diterima pada 19/11/09)

1) Anis Rohaiza Binti Rosli / 1996-2001.(Kini melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dlm. bidang Dip. Sains Kesetiausahaan :012-6410730 / 013-2117198, azah_kimura03@yahoo.com)


Alumni Guru / Staff SKDABB-(14 orang)

DIKEMASKINI PADA: 21/11/10

1.Pn.Afidah bt.Saidi ( 2/1/94 - 15/12/08 ).Tempat berkhidmat sekarang : SK.Bandar Seri Putra,43000 Kajang Selangor.

2.Pn.Syarifah Salwa bt.Syed Damhuri ( 3/1/06 - 23/5/08 ). Tempat berkhidmat sekarang: SK.Sg.Karang,26100 Kuantan Pahang.

3. Pn.Noraida bt.Nordin ( 2/1/03 - 26/12/04 ).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Dato' Kayaman,02450 Bukit Kateri,Perlis.

4. Pn.Hjh.Robaayah bt.Hashim-(Pencen).Mula berkhidmat di SKDABB : 1/1/00 - 1/2/07.Alamat: No.33,Jln.P9B 1/15 Presint 9,62250 Putrajaya.

5. Pn.Rahmah bt.Ahmad (2/1/05 - 28/2/09 ).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Pusat Bandar Puchong 2, Persiaran Indera,Puchong-(sebagai GPK).

6. Pn.Rusidah bt.Muhamad Masirin (11/12/95 - 14/6/09). Tempat berkhidmat sekarang: SK.Kuak Hulu,33100, Pengkalan Hulu,Perak.

7. Pn.Siti Hajar bt.Taib (7/2/06-14/6/09).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Klang,Jln.Dato'Hamzah, Klang.

8. Pn.Faridah bt.Embong (2007 - 26/10/09),Tempat berkhidmat sekarang: SK.Taman Jasmin,Kajang.

9. Pn.Zainab bt.Abdullah.(1/12/89 - 31/12/04).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Cheras Jaya,43200 Cheras,Kajang.(Guru yg mencipta lencana SKDABB).

10. En.Mazlan b.Muzaini (Julai '06 - Mei '01).Tempat berkhidmat sekarang: SMK.Khir Johari,Jln.Pengkalan,08000 Sg.Petani Kedah - 012-5515436

11. PN.NORHAYATI BT.ABD.WAHAB ( 1/1/04 - 20/11/09 ).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG: SK.DENGKIL,SEPANG- 013-3947297

12. PN.ZAINAH BT.HASHIM ( 5/1/00 - 20/11/09).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG : SJK (C) KEH SENG,MELAKA- 012-2063874

13. EN.JUHARI B.HJ.RASULI (17/1/00 - 16/11/06). TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG:SK.SUNGAI KOB,09700 KARANGAN KEDAH- 012-4545582

14. EN.AKMAL B.ZAINAL ARIFIN ( JUN '01 - DIS '02).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG: SMK. PANTAI SEPANG PUTRA,SG.PELEK,SELANGOR - 013-3931727

15. En.Abd.Manap b.Abd.Rahman (17/1/00 - 30/11/10).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Buntong,Persiaran Desa Rishah (S) 1/1B,30100 Ipoh Perak ( 013-4388638 ).

5A UPSR 2009

SENARAI PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT 5A

1. ADHWA' SYAMIMI BT.YUSAINI
2. ALYA BT.ABD.KADIR
3. BASYIRAH BT.MUHAMMAD FIRDAUS
4. FATIN AFIQAH BT.HASIDIN
5. MUHAMMAD ALIFF AIMAN B.AZIZUDDIN
6. MUHAMMAD ASLAM B.ABD.GA'FAR
7. MUHAMMAD FAUZAN B.GHAZALI
8. MUHAMMAD FIRDAUS B.MAHZAN-
9. MUHAMMAD HABIB B.MUHAMMAD
10.NOORUL RIZMA HANIE BT.RIZAL HAMIDI
11.NOR LATIFAH ZAHIRAH BT.MOHD NASRI
12.NUR AINA NABILAH BT.ROSLAN
13.NUR IZZAH BT.ROSLAN
14.NUR RAZNI MIRZA BT.ROSAZMAN
15.NUR SABRINA BT.MD ZAID
16.NUR FATIN NAJWA BT.AB RAZAK
17.NURUL DIYANAH BT.MOHD HANIM
18.SITI NUR AQILAH BT.HALIMI
19.SITI SARAH AIN BT.ZAMRI
20.SITI ZAHARAH BT.SUHAIMI

.