23/10/10-Sabtu.Bertempat di Kem Iman D'Semungkis,Sg.Semungkis,Hulu Langat Selangor kakitangan SKDABB telah menjalani satu program Bina Semangat selama satu hari.Program bermula dengan semua kakitangan SKDABB berkumpul di sekolah,menaiki bas bersama-sama pada jam 8.30 pagi dan jam 9.15 pagi semua selamat sampai di kem tersebut dan telah disambut dengan begitu meriah sekali oleh kakitangan Exact Training yang diketuai oleh Mohd Fazli b.Abd.Manaf.
Program kali ini berteraskan konsep 'Team Building'.Semua aktiviti telah dijalankan secara berkumpulan dan semua bertempat di daslam dewan.Kelihatan di dalam gambar En.Mohd Fazli selaku ketua komandan sedang memberi taklimat berkaitan program.
Antara aktiviti luar yang dilkukan adalah aktiviti perlawanan bola di dalam air.Aktiviti yang begitu menyeronokkan sekali.Tahniah kepada kumpulan yang menang.

Tepat jam 4.30 petang selesai semua aktiviti.Satu majlis penyampaian sijil telah dilakukan.Kelihatan di dalam gambar En.Mohd fazli sedang menyampaikan sijil kepada GPK1 Pn.Handon bt.Asaari simbolik kepada majlis penutupan program 'Team Building' SKDABB.
No comments:
Post a Comment