14/10/10-Majlis jamuan Hi-Tea untuk kakitangan SKDABB telah diadakan di Maeps @ Mardi (UPM).Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.Disamping majlis akhir tahun,majlis ini juga sebenarnya untuk meraikan Pn.Norjehan yang telah bertukar ke PPD Sepang (tapi sayang beliau tidak dapat hadir keranan ada urusan rasmi).Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Rozi seterusnya ucapan dari Guru Besar
Pelbagai jenis makanan dihidangkan untuk kakitangan SKDABB daripada makanan sea food hinggalah ke 'ABC'.Sampai dah tak tau mana satu jenis makanan yang hendak dipilih.Kelihatan di dalam gambar Kak Islina sedang memilih beberapa jenis makanan sea food untuk dimasak seterusnya menjamu selera.
Makanan yang dihidangkan sememangnya sedap-sedap belaka.Kelihatan di dalam gambar dari kiri: Pn.Zaida,Pn.Norwati,Pn.Farizah,Pn.Juridah dan Pn.Mardhiah.
Makanan yang dihidangkan sememangnya sedap-sedap belaka.Kelihatan di dalam gambar dari kiri: Pn.Zaida,Pn.Norwati,Pn.Farizah,Pn.Juridah dan Pn.Mardhiah.
Kelihatan di dalam gambar kakitangan SKDABB sedang menjamu selera sambil menyaksikan Sukan Komanwel di New Delhi dalam acara badminton.
Sambil menjamu selera,majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada semua kakitangan SKDABB.Kelihatan di dalam gambar Cikgu Yazie sedang menerima hadiah berupa sumbangan khas dari Kelab Guru & Pekerja kerana baru-baru ini beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya.
p/s: Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan,InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment