3/10/10-Hari Kantin SKDABB 2010 anjuran PIBG telah berlangsung dalam suasana yang begitu meriah sekali.Majlis telah bermula jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh En.Alwie b.Che Sulaiman (Pen.PPD,Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya).Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang majlis tersebut.Terdapat pelbagai jenis gerai seperti gerai air minuman,makanan,baju,buku,Etiqa Takaful,Kelab Usahawan,Al-Jabbar,menunggang kuda dan Kelab Guru.Dari agensi kerajaan terdapat pameran seperti AADK,Polis,Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi memeriahkan lagi majlis.
Sebagai simbolik kepada perasmian pada majlis kali ini ialah pertunjukkan dari paraglider yang diketuia oleh En.Mujib Ahmad,yang melepaskan gula-gula dari udara ke kawasan perasmian.Sungguh meriah sekali apabila para pengunjung berebut-rebut bagi mendapatkan gula-gula terutamanya bagi golongan kanak-kanak.
Pemandangan yang diambil dari udara yang menunjukkan kawasan SKDABB semasa berlangsungnya majlis Hari Kantin SKDABB 2010.
Kelihatan Guru Besar Pn.Noredzan bersama Ketua Kampung,Tn.Hj.Norazhar b.Hj.Mohd Rawi mengiringi En.Alwie b.Che Sulaiman melawat gerai-gerai pameran dan jualan.Kehadiran para pengunjung amat memberangsangkan sekali,boleh dikatakan hampir 1000 orang pengunjung telah melawat ke gerai-gerai pada kali ini.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Hari Kantin 2010 SKDABB pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.
No comments:
Post a Comment