SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, KAJANG 43000 SELANGOR

skdabb@yahoo.com.my
http://www.skdabbsepang.blogspot.com
TEL: 03-89255973
FAKS: 03-89251136
ALAMAT : SK DATO ABU BAKAR BAGINDA, 43000, KAJANG, SELANGOR

.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2011. SEMOGA ADIK-ADIK SEMUA BERJAYA DENGAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN UPSR PADA 13 - 15 SEPTEMBER 2011.

DARI MEJA GURU BESAR

DARI MEJA GURU BESAR

VISI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda
mengutamakan kecemerlangan pelajar ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan beamal seiring dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI SEKOLAH

Ke arah pendidikan yang cemerlang bagi melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap, amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan berteknologi maklumat. Membentuk guru-guru dan kakitangan yang "BERIMAN, DEDIKASI, KREATIF DAN IKHLAS" Mewujudkan pemuafakatan yang baik, harmoni, akrab, bekerjasama dan semangat kekeluargaan di kalangan warga sekolah, PIBG dan masyarakat sekitar. Mewujudkan suasana dan keperluan sekolah yang selesa, indah, ceria, harmoni dan penyayang.

SEJARAH SKDABB

Usaha penduduk kampung untuk mendirikan sekolah ini bermula pada 1957 diketuai oleh Ketua Kampung iaitu Allahyarham Hj. Zainuri b. Hassan. Pada tahun 1961 terbinalah sebuah bangunan sekolah yang mempunyai 3 buah bilik darjah dan beroperasi pada 1 Disember 1961. Guru Besar yang pertama ialah Allahyarham En. Mohd. Sharif b. Othman. Bilangan muridnya ialah 51 orang. Pada 7 April 1961 sekolah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor iaitu YB Dato’ Abu Bakar Baginda. Atas mengenang jasa baik beliau, maka sekolah ini dinamakan Sekolah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar Baginda. Kepadatan penduduk di kawasan ini menyebabkan bilangan murid bertambah pada tahun 1980. Sekali lagi AJK PIBG dan JKKK Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda telah bermesyuarat dan mengambil keputusan memohon bangunan tambahan. Pada 11 April 1982 satu upacara meletakkan batu asas telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu YB. Dato’ Hj. Suhaimi b. Dato’ Haji Kamaruddin. Alhamdulillah, pada 14 Mac 1984 bangunan baru 3 tingkat telah siap dibina, terdiri daripada 8 buah bilik darjah, 1 bilik guru, 1 perpustakaan, 2 bilik serbaguna, 1 bilik tayangan, 2 tandas, padang, pagar serta kemudahan asas seperti elektrik dan air. Kos kesemua ini berjumlah RM508,000.00. Guru Besar pada ketika itu ialah Allahyarham En. Abu b. Darmo. Disebabkan pembangunan yang pesat dari segi jumlah penduduk dan persekitaran maka bilangan murid bertambah dengan mendadak. Pihak sekolah bersama dengan PIBG telah memohon menaiktaraf bangunan yang sedia ada dalam Rancangan Malaysia Ke 8. Tambahan pula lokasi sekolah ini berada di pinggiran Pusat Pentadbiran Putrajaya. Projek pembinaan bangunan baru bermula pada tahun 1996. Pada tahun 1997 pihak JKR telah menyerahkan bangunan tersebut secara rasminya kepada pihak sekolah. Bangunan tersebut mengandungi 12 bilik darjah, 1 makmal sains dan 2 tandas. Pada tahun 2003 sebuah bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik Prasekolah. Semenjak dibuka, enam orang Guru Besar telah berkhidmat di sekolah ini. Guru Besar sekarang merupakan Guru Besar ke tujuh telah bertugas di sekolah ini bermula Jun 2011.

MELUKIS MURAL DI SKDABB - 14 SEPT 2011

MELUKIS MURAL DI SKDABB - 14 SEPT 2011
Bukan sahaja menjadi pendidik bahkan sangat kreatif dan sentiasa bersedia dengan penuh keikhlasan dalam apa sahaja tugasan yang diberi.

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3
ISNIN 15/08/2011

PEMANDANGAN SEKITAR SKDABB

SEKOLAH KITA

SEKOLAH KITA
Pemandangan SKDABB yang diambil dari udara pada 3/10/10 oleh En.Mujib Ahmad b.Abd.Rashid sempena Hari Kantin 2010.

YDP PIBG

EN.NORAZMAN B.MOHD YOB - SESI '10/'11
EN.NORAZMAN B.MOHD YOB -SESI '09/'10

GAMBAR GURU-GURU SKDABB

GAMBAR GURU-GURU SKDABB

AJK PIBG

1) YDP : En.Norazman b.Mohd Yob

2) NYDP : En.Mohamed Pauzi b.Mahudin

3) Setiausaha :

4) Bendahari : Pn.Juliana bt.Jamaludin

5) AJK :

i) Tn.Hj.Abdul Jalil b.Saad

ii) Ir.Azizuddin b.Zakaria

iii) Pn.Siti Aisyah bt.Mohamad

iv) En.Hasidin b.Abdul Rashid - Juru Audit

v) En.Abdul Aziz b.Abdullah- Juru Audit

vi) En.Ismail b.Ramli

vii) En.Muhd Reduan b.Abd.Kadir

viii) Pn.Nur Mardhiah Hayati Ainillah bt.Abdullah

ix) Pn.Muslina bt.Mokhtar









PIBG '10/'11

PIBG '10/'11

Aktiviti & Mesyuarat AJK PIBG.

AKTIVITI

12/3/10-Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

6/3/10-Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34.

MESYUARAT AJK

22/5/10 - Mesyuarat AJK kali ke-2

24/3/10-Mesyuarat AJK yang pertama.

MESYUARAT KHAS

21/8/10 - Mesyuarat ke-2 Hari Kantin 2010.

10/7/10-Mesyuarat sempena Hari Kantin 2010.

3/4/10-Mesyuarat sempena Majlis Gotong-Royong Perdana SKDABB 2010.

15 October 2010

SKDABB dalam akhbar Utusan Malaysia.

13/10/10-Berita mengenai Dasar ICT dalam pendidikan dilancarkan "Membangunkan lagi modal insan" (Utusan Malaysia,m/s: 4).Keterangan mengenai gambar " Muhyiddin Yassin mendengar hasil kerja mengedit bunyi dan muzik dari pelajar Sekolah Kebangsaan Dato' Abu Bakar Baginda,Abdul Aziz Mohd Chabar dan Nur Zetty Zabani (kiri) selepas majlis pelancaran Dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan di Putrajaya".

14 October 2010

Majlis Hi-Tea 2010

14/10/10-Majlis jamuan Hi-Tea untuk kakitangan SKDABB telah diadakan di Maeps @ Mardi (UPM).Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.Disamping majlis akhir tahun,majlis ini juga sebenarnya untuk meraikan Pn.Norjehan yang telah bertukar ke PPD Sepang (tapi sayang beliau tidak dapat hadir keranan ada urusan rasmi).Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Rozi seterusnya ucapan dari Guru Besar


Pelbagai jenis makanan dihidangkan untuk kakitangan SKDABB daripada makanan sea food hinggalah ke 'ABC'.Sampai dah tak tau mana satu jenis makanan yang hendak dipilih.Kelihatan di dalam gambar Kak Islina sedang memilih beberapa jenis makanan sea food untuk dimasak seterusnya menjamu selera.

Makanan yang dihidangkan sememangnya sedap-sedap belaka.Kelihatan di dalam gambar dari kiri: Pn.Zaida,Pn.Norwati,Pn.Farizah,Pn.Juridah dan Pn.Mardhiah.

Kelihatan di dalam gambar kakitangan SKDABB sedang menjamu selera sambil menyaksikan Sukan Komanwel di New Delhi dalam acara badminton.

Sambil menjamu selera,majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada semua kakitangan SKDABB.Kelihatan di dalam gambar Cikgu Yazie sedang menerima hadiah berupa sumbangan khas dari Kelab Guru & Pekerja kerana baru-baru ini beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Putrajaya.
p/s: Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan,InsyaAllah.

11 October 2010

Majlis Jamuan Makan...

11/10/10-Satu majlis jamuan makan di rumah Guru Besar,Pn.Noredzan telah diadakan di Nilai Impian bermula jam 2.30 petang bagi meraikan keberangkatan beliau dan suami ke Mekah bagi menunaikan fardu haji pada 18/10/10 dan juga bagi meraikan Guru Besar yang telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009.

Pada majlis tersebut bacaan doa telah diketuai oleh Cikgu Hazri,seterusnya semua guru dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan antaranya sate,nasi himpit dan beberapa jenis makanan yang sememangnya sedap.Kelihatan di dalam gambar dari kiri : Cikgu Hazri,En.Sakur,Cikgu Yazie,Cikgu Manap,Cikgu Aszoura.Di sebelah belakang pula kelihatan dari kiri : Cikgu Kastari,Cikgu Reduan dan Pak Ya.

Boleh dikatakan hampir 98% kakitangan SKDABB telah datang bagi meraikan Guru Besar.Kelihatan di dalam gambar suasana guru-guru sedang menikmati juadah hidangan di ruang depan rumah Guru Besar.

Kelihatan guru-guru perempuan yang berada di dalam ruang tamu sedang menikmati hidangan.Dari kiri: Pn.Mardhiah hayati,Pn.Norwati,Pn.Zaida,Pn.Kamariah dan Pn.Farizah.
Kami warga SKDABB ingin mengucapkan 'Selamat berangkat bagi menunaikan fardu haji buat Guru Besar dan suami,semoga mendapat haji yang mabrur dan selamat kembali,dan tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009.

07 October 2010

Ceramah Pusat Panggilan Kecemasan & JPAM

7/10/10-Satu program khas dari Pusat Panggilan Kecemasan dengan kerjasama TM dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah datang ke SKDABB dalam program memberi penerangan tentang fungsi Pusat Panggilan Kecemasan.Pelbagai maklumat telah disampaikan kepada para pelajar.
Majlis telah berlangsung di dalam dewan SKDABB dengan dihadiri oleh semua para pelajar dari Prasekolah sehingga tahun 6 dan semua guru.

Selain dari memberi penerangan,soalan kuiz juga turut diadakan.Kepada yang berjaya menjawab dengan tepat,hadiah akan diberi.

Penyampaian hadiah cenderamata daripada pihak TM kepada Guru Besar.

Penyampaian cenderamata dari pihak JPAM kepada Guru Besar.

Demonstrasi menangkap ular sawa dari pihak JPAM.

Demonstrasi memadamkan api oleh pihak JPAM.

04 October 2010

Hari Kantin 2010.

3/10/10-Hari Kantin SKDABB 2010 anjuran PIBG telah berlangsung dalam suasana yang begitu meriah sekali.Majlis telah bermula jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh En.Alwie b.Che Sulaiman (Pen.PPD,Unit Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya).Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang majlis tersebut.Terdapat pelbagai jenis gerai seperti gerai air minuman,makanan,baju,buku,Etiqa Takaful,Kelab Usahawan,Al-Jabbar,menunggang kuda dan Kelab Guru.Dari agensi kerajaan terdapat pameran seperti AADK,Polis,Bomba dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi memeriahkan lagi majlis.
Sebagai simbolik kepada perasmian pada majlis kali ini ialah pertunjukkan dari paraglider yang diketuia oleh En.Mujib Ahmad,yang melepaskan gula-gula dari udara ke kawasan perasmian.Sungguh meriah sekali apabila para pengunjung berebut-rebut bagi mendapatkan gula-gula terutamanya bagi golongan kanak-kanak.

Pemandangan yang diambil dari udara yang menunjukkan kawasan SKDABB semasa berlangsungnya majlis Hari Kantin SKDABB 2010.

Kelihatan Guru Besar Pn.Noredzan bersama Ketua Kampung,Tn.Hj.Norazhar b.Hj.Mohd Rawi mengiringi En.Alwie b.Che Sulaiman melawat gerai-gerai pameran dan jualan.Kehadiran para pengunjung amat memberangsangkan sekali,boleh dikatakan hampir 1000 orang pengunjung telah melawat ke gerai-gerai pada kali ini.
Kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Hari Kantin 2010 SKDABB pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Hari Kantin 2010.

Terdapat sebanyak 13 lot tapak perniagaan telah disewa kepada peniaga termasuk 6 gerai dari kalangan warga SKDABB mengikut tahun masing-masing.Pelbagai jenis makanan dan minuman telah disediakan untuk pengunjung semua.



Seramai 4 orang pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bandar Baru Salak Tinggi.Agensi ini telah membuka sebuah ruang bagi pameran yang berkaitan dengan dadah.


Kita juga membuka sebuah kaunter untuk mendaftar Rakan Cop Polis Negeri Selangor,yang mana ruangan pameran ini diwakili oleh Sarjan Syawal dari IPD Bandar Baru Salak Tinggi.


Kita juga mendapat kerjasama dari pihak Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dalam program kali ini,yang mana seramai 6 orang anggota telah terlibat.Selain dari Bomba kita juga membuka sebuah bilik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan yang mana ia diwakili oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang diketuai oleh En.Mahendren dan beberapa orang pembantu dari Klinik Kesihatan Dengkil.
Acara yang mendapat sambutan agak memberangsangkan adalah dari gerai menunggang kuda.Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 3.Sejak awal pagi lagi kelihatan para pengunjung sudah beratur panjang untuk mendapatkan tiket semata-mata untuk merasai pengalaman menunggang kuda.

Acara yang sentiasa mendapat tumpuan dari pengunjung adalah acara cabutan bertuah.Kelihatan Cikgu Yazie sedang menerima hadiah berupa hamper yang telah disampaikan oleh En.Norazman b.Mohd Yob selaku YDP PIBG.

Teacher Jehan.

30/9/10-Merupakan hari terakhir Teacher Jehan di SKDABB,ini kerana beliau akan bertugas di PPD daerah Sepang bermula 1/10/10.Kepada Teacher Jehan semoga dapat menjalankan tugas dengan lebih baik di PPD nanti.Selamat maju jaya dari kami warga SKDABB.

AKTIVITI SEMASA

.

Solat Hajat & Bacaan Yasin - 17/9/10

Hari Kantin 2010

Hari Kantin 2010.

Majlis bermaaf-maafan - 3/9/10

5A UPSR SKDABB

1. AREENA
2. ABD.AZIZ
3. FATIN IZATI
4. NURUL SHAHIRAH AHMAD ZAIDI
5. NURUL SYAHIRAH ZAINORDIN
6. HAFIZATUL AMIRA
7. SYAFIQAH NAJIHAH
8. NADIA SAIDI
9. FIKRI AKMAL
10. IMANUDDIN
11. AINUR SOFIA
12. AIDA NABILAH
13. AMIRUDDIN
14. NOR SYAZA
15. PUTERI NUR AMIRA
16. AMIR IRSYAD

LAWATAN RASMI








Lawatan ke Terengganu 1.

Lawatan ke Terengganu 2

Lawatan ke Terengganu 3

KELAB & PERSATUAN 2010

P&P SAINS dan MATEMATIK

Pelaksanaan Pengajaran & Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik Bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.

maklumat lanjut sila klik: http://www.moe.gov.my/index.php?id=13&aid=354





Gambar kelas 2009.

GAMBAR KELAS 2010


Pihak penaja blog SKDABB dengan berbesar hati ingin menjemput kepada semua bekas guru/pelajar/kakitangan SKDABB supaya dapat menghubungi blog bagi mengetahui perkembangan semasa anda semua,disamping dapat memeriahkan lagi ruangan di blog ini.Kepada yang berminat untuk menyertai ruangan ini sila emailkan maklumat diri anda kepada skdabb@yahoo.com.my.Harap maklum.

ALUMNI PELAJAR-( 6 orang ) sehingga 12/1/10

6) Nurhabsah Binti Jamil /1998-2003.(Asasi Teknologi Maklumat, Universiti Tenaga Nasional, Kajang, Selangor).
No.tel : 017-354-7295
Email : nurhabsah@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 12/1/10)

5) Ahmad Firdaus b.Azra'in / 1996-2001 .(Tahun 1 Division of Electric and Electronic System Engineering,Iwate University, Japan. No.tel : +81-090-6565-3849
email: ahmadfirdauso6@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10).

4) Nabila Najwa bt. Azman / 1997-2002. (tahun 1 di UiTM Shah Alam,degree of bacherlor (HONS) of chemical and bioprocess engineering.
email: bell_blackroses@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10)

3) Mohd Afzam bin Zulkepli /1996-2001.(1st year mechanical engineering, Hiroshima University, Japan), contact num: 080-4263-6487
email: zam_138@yahoo.com
(maklumat diterima mll email pada 6/1/10).

2) Azalea Anis Rohimi / 1996-2001.(Tahun 2, Degree of Bachelor of Biomedical Engineering Universiti Malaya (UM).
No tel : 012-3575068.Email: zalea_acanthus@yahoo.com (maklumat diterima pada 19/11/09)

1) Anis Rohaiza Binti Rosli / 1996-2001.(Kini melanjutkan pelajaran di Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam dlm. bidang Dip. Sains Kesetiausahaan :012-6410730 / 013-2117198, azah_kimura03@yahoo.com)


Alumni Guru / Staff SKDABB-(14 orang)

DIKEMASKINI PADA: 21/11/10

1.Pn.Afidah bt.Saidi ( 2/1/94 - 15/12/08 ).Tempat berkhidmat sekarang : SK.Bandar Seri Putra,43000 Kajang Selangor.

2.Pn.Syarifah Salwa bt.Syed Damhuri ( 3/1/06 - 23/5/08 ). Tempat berkhidmat sekarang: SK.Sg.Karang,26100 Kuantan Pahang.

3. Pn.Noraida bt.Nordin ( 2/1/03 - 26/12/04 ).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Dato' Kayaman,02450 Bukit Kateri,Perlis.

4. Pn.Hjh.Robaayah bt.Hashim-(Pencen).Mula berkhidmat di SKDABB : 1/1/00 - 1/2/07.Alamat: No.33,Jln.P9B 1/15 Presint 9,62250 Putrajaya.

5. Pn.Rahmah bt.Ahmad (2/1/05 - 28/2/09 ).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Pusat Bandar Puchong 2, Persiaran Indera,Puchong-(sebagai GPK).

6. Pn.Rusidah bt.Muhamad Masirin (11/12/95 - 14/6/09). Tempat berkhidmat sekarang: SK.Kuak Hulu,33100, Pengkalan Hulu,Perak.

7. Pn.Siti Hajar bt.Taib (7/2/06-14/6/09).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Klang,Jln.Dato'Hamzah, Klang.

8. Pn.Faridah bt.Embong (2007 - 26/10/09),Tempat berkhidmat sekarang: SK.Taman Jasmin,Kajang.

9. Pn.Zainab bt.Abdullah.(1/12/89 - 31/12/04).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Cheras Jaya,43200 Cheras,Kajang.(Guru yg mencipta lencana SKDABB).

10. En.Mazlan b.Muzaini (Julai '06 - Mei '01).Tempat berkhidmat sekarang: SMK.Khir Johari,Jln.Pengkalan,08000 Sg.Petani Kedah - 012-5515436

11. PN.NORHAYATI BT.ABD.WAHAB ( 1/1/04 - 20/11/09 ).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG: SK.DENGKIL,SEPANG- 013-3947297

12. PN.ZAINAH BT.HASHIM ( 5/1/00 - 20/11/09).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG : SJK (C) KEH SENG,MELAKA- 012-2063874

13. EN.JUHARI B.HJ.RASULI (17/1/00 - 16/11/06). TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG:SK.SUNGAI KOB,09700 KARANGAN KEDAH- 012-4545582

14. EN.AKMAL B.ZAINAL ARIFIN ( JUN '01 - DIS '02).TEMPAT BERKHIDMAT SEKARANG: SMK. PANTAI SEPANG PUTRA,SG.PELEK,SELANGOR - 013-3931727

15. En.Abd.Manap b.Abd.Rahman (17/1/00 - 30/11/10).Tempat berkhidmat sekarang: SK.Buntong,Persiaran Desa Rishah (S) 1/1B,30100 Ipoh Perak ( 013-4388638 ).

5A UPSR 2009

SENARAI PELAJAR YANG BERJAYA MENDAPAT 5A

1. ADHWA' SYAMIMI BT.YUSAINI
2. ALYA BT.ABD.KADIR
3. BASYIRAH BT.MUHAMMAD FIRDAUS
4. FATIN AFIQAH BT.HASIDIN
5. MUHAMMAD ALIFF AIMAN B.AZIZUDDIN
6. MUHAMMAD ASLAM B.ABD.GA'FAR
7. MUHAMMAD FAUZAN B.GHAZALI
8. MUHAMMAD FIRDAUS B.MAHZAN-
9. MUHAMMAD HABIB B.MUHAMMAD
10.NOORUL RIZMA HANIE BT.RIZAL HAMIDI
11.NOR LATIFAH ZAHIRAH BT.MOHD NASRI
12.NUR AINA NABILAH BT.ROSLAN
13.NUR IZZAH BT.ROSLAN
14.NUR RAZNI MIRZA BT.ROSAZMAN
15.NUR SABRINA BT.MD ZAID
16.NUR FATIN NAJWA BT.AB RAZAK
17.NURUL DIYANAH BT.MOHD HANIM
18.SITI NUR AQILAH BT.HALIMI
19.SITI SARAH AIN BT.ZAMRI
20.SITI ZAHARAH BT.SUHAIMI

.