KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sekumpulan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang dekat sini gempar apabila menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu petang semalam.
Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan pelajar terancam
Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 6.30 petang menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.
"Pihak kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya tersebut ekoran keadaan longkang yang agak sempit. Sebatang besi panjang yang diikat dengan botol digunakan untuk menolak anak buaya tersebut," katanya.

No comments:
Post a Comment