
19/11/10 (Jumaat)-Merupakan hari terakhir buat Ustazah Kamariah dan Cikgu Manap berkhidmat di SKDABB.Ini kerana mereka masing-masing telah berjaya di dalam permohonan untuk berpindah ke sekolah yang baru.Ustazah Kamariah akan berpindah ke Pahang dan Cikgu Manap akan berpindah ke Perak.Cikgu Manap telah berkhidmat di SKDABB selama 10 tahun manakala Ustazah Kamariah selama 8 tahun.

Kelihatan Cikgu Manap (2 dari kiri) dan Ustazah Kamariah (3 dari kanan) sedang bergambar bersama-sama dengan guru-guru SKDABB selepas tamat sesi persekolahan tahun 2010.
Kepada Cikgu Manap dan Ustazah Kamariah semoga berjaya di tempat tugas yang baru dan segala jasa dan bakti kalian di SKDABB semoga Allah yang membalasnya.
No comments:
Post a Comment