19 August 2011

LAWATAN PENGARAH SUKAN KPM DAN TV3



Lawatan Pengarah Bahagian Sukan KPM dan TV3,pada hari Isnin 15/08/2011 bertujuan memantau Program 1 murid 1 Sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah yang tidak mempunyai kemudahan padang permainan.Pengarah sangat berpuas hati melihat aktiviti 1Murid 1 Sukan yang dijalankan oleh pihak sekolah kerana ia menepati kehendak pihak kementerian dan menteri pendidikan. Rakaman TV3 adalan untuk Program Berita 1M 1S pada 17/08/2011 jam 8.00malam.

03 August 2011

SUMBANGAN KASUT SEKOLAH DARIPADA UPM



Guru Besar dan pegawai dari UPM bergambar bersama murid-murid yang menerima sumbangan kasut sekolah.

02 August 2011

Salam Perpisahan Dari warga SKDABB



Warga SKDABB ingin mengucapkan salam perpisahan buat Pn.Hjh Noredzan bt Abu Bakar dan selamat bertugas di SK Taman Seroja Sepang.








Pn.Hjh. Noredzan bt Abu Bakar (01.10.2005 - 01.06.2011)

19 February 2011

Masuk paper lagi...

Gempar anak buaya sesat dalam longkang sekolah.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Sekumpulan pelajar yang menghadiri kelas tuisyen di Sekolah Kebangsaan Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang dekat sini gempar apabila menemui seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di dalam longkang sekolah itu petang semalam.

Menyedari kehadiran reptilia itu, pengawal keselamatan berusia 25 tahun yang bertugas ketika itu segera menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Putrajaya kerana bimbang keselamatan pelajar terancam

Ketua Operasi JPAM Putrajaya, Koperal Hafizan Azmi berkata, anak buaya itu dipercayai tersesat dari Sungai Kuala Langat yang terletak berhampiran sekolah itu.

Menurutnya, sepasukan anggota jabatan itu yang bergegas ke tempat kejadian pada pukul 6.30 petang menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan reptilia itu dari dalam longkang.

"Pihak kami mengambil masa hampir empat jam untuk menjerut leher anak buaya tersebut ekoran keadaan longkang yang agak sempit. Sebatang besi panjang yang diikat dengan botol digunakan untuk menolak anak buaya tersebut," katanya.

Hafizan berkata, pihaknya mengalami kesukaran untuk menjerut leher anak buaya tersebut disebabkan kedudukannya yang berada di tengah-tengah longkang.

Katanya, salah seorang daripada anggotanya yang bertubuh kecil terpaksa masuk ke dalam longkang untuk menjerut leher buaya tersebut.

Beliau menambah, anak buaya yang berjaya dibawa keluar itu kemudian dihantar ke pejabat JPAM Putrajaya sebelum dirujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Berita dipetik dari: Utusan online 19/2/2011. Berita juga boleh dibaca di berita Kosmo m/s:17.