
30 - 31/10/10-Bertempat di Kem D'Perkasa,Gombak Selangor,Perkhemahan Unit Uniform SKDABB 2010 telah diadakan.Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan unit uniform telah dijalankan.Kebanyakan yang menyertai aktiviti perkhemahan kali ini terdiri daripada pelajar tahun 4 dan 5 sahaja.

Aktiviti dijalankan di dalam dewan dan di luar dewan,iaitu di sekitar kem.Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti kembara malam,meredah hutan,aktiviti ketahan fizikal dan banyak lagi aktiviti yang mencabar.

Kelihatan di dalam gambar aktiviti makan tengah hari yang dijalankan di dewan makan terbuka.Makanan yang disediakan juga agak lazat dan sedap.

Keliahatan di dalam gambar Cikgu Amran dan Cikgu Reduan sedang membakar ikan yang berjaya dipancing di dalam kolam berhampiran kem.
No comments:
Post a Comment