21 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK).

12/11/10 (Jumaat)- Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah diadakan di dewan SKDABB bagi meraikan para pelajar yang berjaya di dalam akademik sepanjang sesi persekolahan 2010.Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Fazirul,ucapan daripada Pn.Handon GPK1,YDP PIBG En.Norazman b.Mohd Yob dan seterusnya dirasmikan oleh En.Mohd Alias,Ketua Unit Sains & Matematik PPD Sepang.

Kelihatan di dalam gambar En.Omar b.Abas,GPK HEM sedang menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan akhir tahun.

En.Norazman b.Mohd Yob (YDP PIBG) sedang menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar Prasekolah simbolik kepada Majlis Graduasi mereka.

Majlis hari HAK diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar tahun 6.

Majlis bergambar dengan tokoh-tokoh pelajar SKDABB tahun 2010.Tokoh Pelajar (Abd.Aziz),Tokoh Ko-Kurikulum (Imanuddin) dan Tokoh Kurikulum (Amirruddin).

No comments:

Post a Comment