Terdapat sebanyak 13 lot tapak perniagaan telah disewa kepada peniaga termasuk 6 gerai dari kalangan warga SKDABB mengikut tahun masing-masing.Pelbagai jenis makanan dan minuman telah disediakan untuk pengunjung semua.
Seramai 4 orang pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bandar Baru Salak Tinggi.Agensi ini telah membuka sebuah ruang bagi pameran yang berkaitan dengan dadah.
Kita juga membuka sebuah kaunter untuk mendaftar Rakan Cop Polis Negeri Selangor,yang mana ruangan pameran ini diwakili oleh Sarjan Syawal dari IPD Bandar Baru Salak Tinggi.
Kita juga mendapat kerjasama dari pihak Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dalam program kali ini,yang mana seramai 6 orang anggota telah terlibat.Selain dari Bomba kita juga membuka sebuah bilik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan yang mana ia diwakili oleh Pejabat Kesihatan Daerah Sepang diketuai oleh En.Mahendren dan beberapa orang pembantu dari Klinik Kesihatan Dengkil.
Acara yang mendapat sambutan agak memberangsangkan adalah dari gerai menunggang kuda.Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 3.Sejak awal pagi lagi kelihatan para pengunjung sudah beratur panjang untuk mendapatkan tiket semata-mata untuk merasai pengalaman menunggang kuda.

No comments:
Post a Comment