
7/10/10-Satu program khas dari Pusat Panggilan Kecemasan dengan kerjasama TM dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah datang ke SKDABB dalam program memberi penerangan tentang fungsi Pusat Panggilan Kecemasan.Pelbagai maklumat telah disampaikan kepada para pelajar.

Majlis telah berlangsung di dalam dewan SKDABB dengan dihadiri oleh semua para pelajar dari Prasekolah sehingga tahun 6 dan semua guru.

Selain dari memberi penerangan,soalan kuiz juga turut diadakan.Kepada yang berjaya menjawab dengan tepat,hadiah akan diberi.

Penyampaian hadiah cenderamata daripada pihak TM kepada Guru Besar.

Penyampaian cenderamata dari pihak JPAM kepada Guru Besar.

Demonstrasi menangkap ular sawa dari pihak JPAM.

Demonstrasi memadamkan api oleh pihak JPAM.
No comments:
Post a Comment