17 May 2010

Perutusan Sempena Hari Guru.

17/5/10 - Isnin,satu majlis bagi membaca perutusan sempena sambutan Hari Guru 2010 telah dilakukan di tapak perhimpunan.Perutusan daripada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran telah dibaca oleh Pn.Handon (GPK1) dan En.Ismail (Pengerusi Kelab Guru & Pekerja).Selepas selesai membaca perutusan,semua guru bersama-sama menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" ,"Guru Pembina Negara Bangsa" dan diikuti dengan membaca ikrar guru dan akhir sekali majlis bergambar beramai-ramai.
Selamat Hari Guru-"Guru Pembina Negara Bangsa".

No comments:

Post a Comment