p/s: Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan...
26 May 2010
Pertandingan Bowling.
p/s: Tahniah kepada yang berjaya,yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan...
23 May 2010
Sambutan Hari Guru 2010.
21/5/10-Jumaat,Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan begitu meriah sekali.Pelbagai aktiviti telah disusun bagi menjadikan sambutan pada tahun ini agak lebih bermakna.Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku,Kami Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa.Selesai acara nyanyian acara explorace pun berjalan.Pelbagai aksi guru-guru dapat dilihat pada acara tersebut dan sesungguhnya sikap bekerjasama di antara guru-guru yang terlibat memang tidak dapat dinafikan.Acara explorace dimulai dengan acara menyiapkan 'puzzle',kemudian acara mencari buah kelapa sebanyak 4 biji yang telah disembunyikan,mengopek buah kelapa tersebut dan memarut buah kelapa tersebut dengan menggunakan pengukur kelapa tradisional.Setelah siap memarut kelapa,santannya diambil dan perlu dibuat cendol seterusnya menghabiskan cendol tesebut.Acara seterusnya ialah persembahan dari guru-guru mengikut kumpulan iaitu warna ungu,hijau,oren dan meron.Selepas acara persembahan,acara pertukaran hadiah dan akhir sekali adalah jamuan.Sesungguhnya sambutan pada tahun ini memang meriah.....
18 May 2010
Cikgu Yazie masuk wad.
17 May 2010
Potong kek...
Kepada semua yang telah menyumbangkan kek,terima kasih daun keladi....
Perutusan Sempena Hari Guru.
Selamat Hari Guru-"Guru Pembina Negara Bangsa".
16 May 2010
Selamat Hari Guru 2010.
" Kejayaan setiap manusia
sering dilihat dan diceritakan
Namun yang pasti di belakang mereka
adalah kisah guru yang berjasa
Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya
Sentiasa berdaya dan berhati waja
membangunkan nusa bangsa
Demi cinta,demi manusia,demi agama
Cukuplah dengan membayangkan wajahmu
dipersada dunia..."
Dipetik daripada ucapan sempena Hari Guru oleh Bank Rakyat di Mingguan Malaysia,Ahad 16 Mei 2010; m/s:13.
sering dilihat dan diceritakan
Namun yang pasti di belakang mereka
adalah kisah guru yang berjasa
Melimpahkan ilmu dan nilai yang kaya
Sentiasa berdaya dan berhati waja
membangunkan nusa bangsa
Demi cinta,demi manusia,demi agama
Cukuplah dengan membayangkan wajahmu
dipersada dunia..."
Dipetik daripada ucapan sempena Hari Guru oleh Bank Rakyat di Mingguan Malaysia,Ahad 16 Mei 2010; m/s:13.
04 May 2010
Pertandingan...
Kelab Usahawan
(Cikgu Manap dan keluarga dalam perjalanan ke Klang,sempat singgah dan bergambar di depan gerai bagi memberi sokongan kepada Kelab Usahawan)