
17/9/10-Majlis solat hajat & bacaan Yasin khas untuk pelajar-pelajar SKDABB tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 21-23/9 telah berlangsung di Masjid Kg.Dato'Abu Bakar Baginda.Majlis bermula selepas solat maghrib.Kelihatan di dalam gambar ucapan ringkas daripada YDP PIBG,En.Norazman b.Mohd Yob sebelum acara bermula.

Alhamdulillah,sambutan daripada ibu bapa untuk majlis ini agak memberangsangkan.Majlis bermula dengan solat hajat beramai-ramai.

Selesai solat hajat,majlis diteruskan dengan bacaan surah Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Mat Rozi.Selesai bacaan surah Yasin,majlis bersambung dengan solat Isyak dan diakhiri dengan jamuan.Semoga majlis kali ini diberkati dan harapan dari semua warga SKDABB dan para ibu bapa semoga SKDABB akan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2010 nanti,InsyaAllah.