30 August 2010

Sambutan Kemerdekaan ke-53

30/8/10-Satu majlis penutup bulan kemerdekaan kali ke-53 peringkat sekolah telah diadakan di tapak perhimpunan.Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Rozi,diikuti bacaan ayat suci al-Quran seterusnya acara nyanyian lagu kemerdekaan yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar tahun 6 Ixora.

Laungan Merdeka! yang diketuai oelh Pn.Guru Besar bersama-sama para pelajar.Majlis tamat pada jam 8.30 pagi dengan penuh warna-warni.Tahniah kepada AJK pelaksana.

23 August 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2010.

23/8/10-Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah yang dikelolakan oleh PSS telah diadakan di tapak perhimpunan.Majlis telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar dengan penuh warna-warni.

Kelihatan para pelajar sedang kusyuk mendengar taklimat tentang pelancaran bulan kemerdekaan.

Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu kemerdekaan secara beramai-ramai oleh pelajar Tahun 1 yang dipimpin oleh Cikgu Noor Arjuna.


11 August 2010

Johan peringkat Negeri Selangor 2010.

Pada 4 Ogos 2010 bertempat di Akademi Memandu Rakan Ehsan,Klang telah berlangsung pertandingan lalulintas anjuran MKJR / Shell peringkat negeri Selangor.Pelbagai kategori telah dipertandingkan.SKDABB yang mewakili daerah Sepang telah memenangi beberapa kategori antaranya Kategori Berbasikal Terbaik yang telah dimenangi oleh Nor Izzati bt.Shaharuddin (5I).
Bagi kategori pidato Keselamatan Jalan Raya Afiq Iskandar b.Mohd Zaid (5I) telah memenangi tempat ke-3.Bagi kategori lalulintas,SKDABB telah menjadi johan.Ini merupakan penyertaan kali ke-2 bagi SKDABB dalam pertandingan MKJR selepas mendapat tempat ke-6 pada tahun lepas.Semoga dengan kemenangan ini akan dapat menyuntik semangat guru-guru dan murid-murid untuk bekerja lebih keras dalam setiap pertandingan yang bakal dihadapi.Guru pengiring pada pertandingan ini ialah En.Ismail dan Pn.Masliza.
p/s: Tahniah di atas kejayaan tersebut,semoga dapat mengekalkannya di tahun hadapan.


04 August 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2009)

27/7/10 - Tahniah diucapkan kepada Pn.Farizah,Pn.Kamariah,Pn.Norita dan En.Sakur kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (2009).Majlis penganugerahan tersebut telah berlangsung di Dewan Besar Sekolah Seri Puteri,Cyberjaya.