28 July 2010

Program Motivasi UPSR 2/2010

27/7/10 - Satu program Motivasi Kecemerlangan UPSR 2010 telah diadakan di Dewan SKDABB.Penceramahnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tn.Hj.Hanim b.Mohd Tahir.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan lagi motivasi para pelajar yang mana peperiksaan UPSR yang sebenar sudah makin hampir.Semoga dengan adanya program ini akan dapat menyuntik semangat bagi para pelajar untuk menempuh UPSR dengan penuh yakin dan seterusnya dapat mengharumkan nama SKDABB.

Rata-rata para pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada ceramah oleh Tn.Hj.Hanim.Sesungguhnya setiap kali ceramah yang disampaikan oleh Tn.Hj.Hanim di SKDABB sudah pasti akan ditunggu-tunggu oleh para pelajar.Pelbagai tips dan panduan untuk berjaya akan disampaikan oleh beliau dengan penuh semangat dan semestinya para pelajar akan mendengarnya dengan penuh perhatian.

Sesungguhnya jasa Tn.Hj.Hanim kepada SKDABB sangat besar,saban tahun beliau sanggup datang untuk memberi ceramah motivasi kepada para pelajar.Semoga usaha murni beliau hanya Allah sahaja yang akan membalasnya.

20 July 2010

Peperiksaan Percubaan UPSR.

19/7/10-Bermulanya peperiksaan percubaan UPSR peringkat negeri Selangor.SKDABB telah menempatkan para pelajar di dalam sebuah dewan dan sebuah kelas.
Jadual peperiksaan adalah sama seperti pada hari sebenar.

Semoga para pelajar SKDABB dapat melakukan yang terbaik walaupun ini adalah peperiksaan percubaan.


16 July 2010

Teknik Menjawab Soalan UPSR 2010.

15-16/7/10-Khamis & Jumaat,satu program teknik menjawab soalan UPSR 2010 telah berlangsung dengan jayanya di SKDABB.Para penceramah terdiri daripada guru-guru pakar & berpengalaman di SKDABB,antaranya PN.Rodziah Hanum (Matematik),Pn.Suhaila & En.Mohd Nor (B.Inggeris), Cik.Hjh.Aszoura & En.Mohd Yazie (Sains) dan BM (Pn.Huraini, Pn.Juridah, En.Idris & En.Ismail).
Pelbagai teknik dan kaedah telah ditunjukkan kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR yang tidak lama lagi.

Sesungguhnya SKDABB amat berbangga kerana mempunyai beberapa orang guru pakar serta yang berpengalaman.Semoga segala ilmu yanag dicurahkan selama 2 hari ini akan dapat menjadi pedoman kepada para pelajar.

03 July 2010

Hari Jalinan Mesra.

2/7/10-(Jumaat) Bertempat di setiap kelas satu majlis yang dikenali sebagai Hari Jalinan Mesra antara ibu bapa dengan pihak sekolah telah diadakan.Majlis ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan ianya lebih kearah ramah mesra.Pada majlis ini ibu bapa akan ditunjukkan dengan kad laporan prestasi pelajar.
Setiap ibu bapa akan diberi penjelasan daripada guru kelas masing-masing tentang prestasi anak mereka.Ibu bapa juga berpeluang untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat tentang pembelajaran anak-anak mereka sepanjang sesi persekolahan.

Majlis tamat pada jam 11.30 pagi.Majlis ini telah mendapat kerjasama yang amat baik daripada ibu bapa.