27 April 2010

Selamat Hari Lahir....

27/4/10-Satu majlis kejutan telah diadakan di bilik guru sempena sambutan hari lahir ustazah Amiratulizian@ Yan pada 26/4.Dalam majlis tersebut sebiji kek coklat yg telah ditempah khas telah dikongsi makan beramai-ramai sempena meraikan hari lahir yang ke...(penulis diminta supaya tidak mendedahkan sambutan yang ke berapa).Semoga ustazah Yan dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki serta berbahagia selalu.
p/s: Kalau buat kejutan tiket free ke Jakarta,kan bagus!....

21 April 2010

Bola Sepak SKDABB 2010

6-8April 2010 bertempat di SK Methodist, Sg. Pelek. SKDABB telah menghantar satu pasukan bola sepak bawah 12 tahun untuk daerah Sepang. Pasukan sekolah telah menjuarai kumpulan E. Dan telah berjaya menempatkan diri menjadi 6 pasukan terbaik daerah.
p/s: Tahniah, cuba lagi tahun depan..

17 April 2010

Aktiviti Ko-Kurikulum 2010.

17/4/10-Sabtu,satu pertandingan aktiviti Ko-kurikulum unit beruniform peringkat sekolah telah diadakan di padang sekolah.Antara aktiviti yang dipertandingkan ialah seperti kawad kaki,memasak dan khemah.Aktiviti bermula serentak pada jam 8.00 pagi bagi ketiga-tiga aktiviti dan telah tamat jam 12.00 tengah hari.Objektif utama program ini ialah untuk memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli.Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar dan hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang.Johan keseluruhan unit beruniform pada tahun ini ialah Tunas Puteri.

12 April 2010

Gotong-Royong Perdana 2010.

11/4/20-Ahad,satu program Gotong-Royong Perdana 2010 SPRM bersama PIBG SKDABB telah dijalankan di SKDABB.Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Marsum b.Paing (ADUN Dengkil).Program bermula dengan tetamu berkumpul di tapak perhimpunan,senaman serta regangan yang diketuai oleh pegawai dari TNB Research,ucapan dari GB,ucapan dari SPRM oleh Dato' Samsiah bt.Abu Bakar (Pengarah Bhg.Pendidikan Masyarakat SPRM) seterusnya ucapan serta perasmian oleh Dato' Marsum b.Paing.Selepas acara perasmian maka program gotong-royong pun bermula dengan pembahagian kepada 9 kumpulan yang diketuai oleh seorang wakil dari PIBG.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama dari pihak SPRM yang menaja program ini,Tn.Hj.Jalil (yang telah menaja tempat letak basikal bagi pelajar),ibu bapa,PIBG,TNB Research,Bomba Cyberjaya dan para pelajar.Kepada SPRM,semoga program seperti ini dapat diteruskan di tahun-tahun akan datang.

03 April 2010

Mesyuarat Khas.

3/4/10-Sabtu,satu mesyuarat khas AJK PIBG bersama SPRM telah diadakan di kantin sekolah.Mesyuarat ini bertujuan untuk merancang Program Gotong-Royong Bersama SPRM yang akan berlangsung pada 11/4/10 (Ahad).Pihak SPRM berbesar hati dapat bersama-sama dalam projek ini bersempena kempen SPRM Bersama Rakyat.Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak SPRM kerana sudi bersama-sama dalam program ini dan berharap program kerjasama seperti ini akan berterusan.