18 February 2010

Merentas Desa 2010

10/2/10-Acara akhir merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya setelah tertunda pada minggu sebelumnya.Seramai 15 orang pelajar kategori lelaki dan wanita telah berjaya mendapat tempat dan hadiah.Tahniah kepada yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya cuba lagi di tahun hadapan.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua yang telah menjayakan acara ini dari mula sehingga selesai.

05 February 2010

Mesyuarat Program Sekolah Selamat-1/2010

5/2/10-Satu mesyuarat Program Sekolah Selamat (3K) telah diadakan di makmal komputer A.Antara ajk yang hadir terdiri daripada wakil PIBG,wakil NGO,wakil Pejabat Kesihatan Daerah Sepang,wakil Balai Polis Kg.Dato' Abu Bakar Baginda dan ajk 3K Sekolah.Mesyuarat yang pertama ini telah membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan 3K (Kesihatan,Keselamatan & Keceriaan).

01 February 2010

Latihan kebakaran 1.

1/2/10-Tepat jam 11.30 pagi,loceng kecemasan telah dibunyikan panjang sebanyak 3 kali berturut-turut.Kurang daripada 5 minit semua pelajar dan guru telah berjaya berkumpul di
tempat yang selamat. Ini merupakan latihan kebakaran yang pertama untuk tahun 2010 dan ia bertujuan supaya semua warga SKDABB sentiasa berada di dalam keadaan bersiap sedia apabila berlaku kecemasan sepanjang sesi persekolahan.