27 January 2010

Pn.Rahmah-bekas guru SKDABB

27/1/10-Pn.Rahmah bt.Ahmad telah datang melawat kengkawan di SKDABB.Beliau sekarang merupakan GPK di salah sebuah sekolah di Puchong.Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Cik Hjh.Aszoura.

23 January 2010

Ceramah Motovasi 1.

23/1/10-Selepas selesai majlis Program Gemilang UPSR,sesi ceramah motivasi kepada ibu bapa telah disampaikan oleh Tn.Hj.Abd.Jalil b.Saad.Ceramah beliau bertajuk "Keberkesanan Dalam Keibubapaan-Memantapkan Kecemerlangan Anak-Anak".Banyak input-input yg baru telah diberikan oleh Tn.Hj sebagai panduan kpd semua ibu bapa yg hadir dalam proses memantapkan kecemerlangan anak-anak.
p/s: Terima kasih daun keladi,ada masa jemput datang lagi...

Program Gemilang UPSR 2010

23/1/10-Satu majlis telah diadakan di Dewan SKDABB iaitu Program Gemilang UPSR 2010.Program ini bertujuan memberitahu kepada ibu bapa pelajar tahun 6/2010 tentang hala tuju sekolah dalam melahirkan pelajar tahun 6 yang cemerlang dalam UPSR 2010.Ibu bapa telah didedahkan dengan program-program yg akan dijalankan sepanjang tahun ini khususnya bagi murid tahun 6 dari sebelum hingga selesai UPSR.Matlamat utama adalah bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2010.

04 January 2010

Hari pertama persekolahan 2010

4/1/10-Isnin,taklimat kepada ibu bapa pelajar tahun 1 telah diadakan di kantin sekolah,memandangkan pada sebelah paginya hujan.Taklimat telah disampaikan oleh Pn.Guru Besar.Perjalanan majlis berjalan lancar,selesai taklimat para pelajar telah dibawa oleh guru kelas ke kelas masing-masing.