31 December 2009

Kejutan...

31/12/09-Selamat hari lahir yang ke-51 untuk Pn.Guru Besar.Majlis ini telah dijalankan sebaik sahaja selesai majlis kutipan yuran sekolah untuk sesi 2010.Semua guru telah membuat kejutan buat GB apabila meminta beliau ke makmal komputer A dan mendapati beliau telah 'dikejutkan' dengan nyanyian beramai-ramai dari pihak guru.Beliau begitu terkejut dan teruja dengan 'kejutan' ini dan mengucapkan terima kasih kepada pengelola majlis ini.Majlis telah diserikan dengan acara memotong 2 biji kek yg telah disumbangkan oleh semua guru SKDABB.
p/s: Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki & semoga SKDABB terus gemilang di tahun 2010.

29 December 2009

Anak Pn.Hjh.Faridah kemalangan.

Tarikh : 25 Disember 2009
Jam : Sekitar 05.15 ptg - 05.30 ptg.
Tempat : Selekoh berhampiran Sek. Men. Teknik Sepang.
Kereta yang terlibat : Myvi hijau dan Persona purple
Mangsa : (Myvi hijau- En. Bakar (56 tahun) -pemandu)
(Persona purple - Kakak (pemandu), Ija, Im, Mah)
Punca kemalangan : Hujan lebat menyebabkan pemandu Myvi terambil jalan bertentangan.
Alhamdulillah semua anak-anak akak dalam keadaan selamat.

p/s: Untuk mendapat maklumat lanjut sila klik: http://faridahhussin.blogspot.com/

19 November 2009

Jamuan Hi-Tea 2009

19/11/09-Jamuan Hi-Tea semua kakitangan SKDABB telah diadakan di D' Tasik,UNITEN bermula jam 2.30 ptg dan tamat jam 5.00 ptg.Majlis ini juga merangkumi majlis perpisahan buat 3 orang guru SKDABB yang akan bertukar,antaranya Pn.Zainah yang akan berpindah ke Melaka,Pn.Faridah berpindah ke SK.Taman Jasmin,Kajang dan Pn.Norhayati berpindah ke SK.Dengkil.Majlis Hi-Tie telah berlangsung dalam suasana yang meriah sekali,majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah (semua kakitangan dapat) serta beberapa anugerah khas yang telah dimenangi oleh beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
(gambar di atas penyerahan cenderamata daripada guru-guru yg akan bertukar kepada pihak sekolah yg diwakili oleh Guru Besar).

5A UPSR 2009.

19/11/09-Keputusan rasmi UPSR 2009 telah dikeluarkan dan alhamdulillah seramai 20 pelajar dari SKDABB telah berjaya memperoleh 5A ( tahun 2008 seramai 19 pelajar mendapat 5A).Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat 5A dan tahniah juga buat guru-guru yang bersama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah.
(senarai penuh pelajar-pelajar yang mendapat 5A akan dimuat-naik dalam masa terdekat.)

Hari Anugerah Kecemerlangan '09

19/11/09-Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah berlangsung dengan lancar dan penuh warna-warni.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Sailan b.Misran-Ketua Unit Teknik & Vokasional PPD Sepang.Majlis telah bermula tepat jam 9.00 pagi dan tamat jam 12 tengahari.Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tahun 2 yang telah menjadi johan daerah Sepang '09 dalam pertandingan Action Song dan persembahan dikir barat Bahasa Arab yang telah menjadi johan daerah Sepang '09.Dalam majlis ini tiga orang pelajar telah dinobatkan sebagai tokoh pelajar bagi tahun 2009.Fatin Afiqah bt.Hasidin (6I)-Tokoh Ko-Kurikulum,Nur Sabrina bt.Mohd Zaid (6I)-Tokoh Kurikulum dan Mohd Akmal b.Norazman-Tokoh Pelajar.

17 November 2009

Lawatan Sambil Belajar.

17/11/09-Satu lawatan sambil belajar bagi Pengawas Pusat Sumber dan Persatuan Usahawan SKDABB ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam dan Petrosains di KLCC.Banyak pengalaman yang baru telah diperolehi oleh para pelajar ketika melawat kedua-dua tempat tersebut.Semoga pengalaman yang diperolehi ini akan dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat bersama dalam lawatan tersebut.Guru pengiring bagi lawatan kali ini terdiri daripada Pn.Meslina,Pn.Zuria,Pn.Huraini,En.Mat Rozi,En.Abd.Ghani dan En.Abd.Manap.

Jamuan Perpisahan Tahun 6.

16/11/09-Majlis jamuan perpisahan bagi meraikan tahun 6 yang akan tamat pengajian mereka di sekolah rendah telah diadakan di dewan SKDABB.Majlis ini diserikan lagi dengan acara persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar dan seterusnya jamuan makan untuk semua guru dan kakitangan SKDABB bersama pelajar-pelajar tahun 6/2009.

14 November 2009

Jamuan makan...

14/11/09-Pn.Nur Mardhiah Hayati Ainillah & suami En.Hairul Nizam telah berbesar hati mengadakan jamuan makan untuk rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran berhampiran sempena memasuki rumah baru.Rumah baru ini terletak di No:10 Jln. 1/1,Taman Arked,Paya Indah Wetland,Dengkil.Ramai rakan-rakan sekerja kedua-dua belah pihak telah datang bagi menjamu selera.Majlis bertambah seri dengan kehadiran Pn.Robaayah Hashim (bekas rakan sekerja).
p/s: Lauk ayam masak merah Kak Tie memang power la...


Baby baru SKDABB-(Pn.Baidura).

Inilah dia wajah terbaru baby Baidura.Gambar ini diambil di rumah Pn.Nur Mardhiah Hayati.Baby lelaki yg dilahirkan di Hospital Kajang pada 17.8.09.Baby ini telah diberi nama Nik Sollehuddin b.Nik Mohamad Nordin.
p/s: Gambar Pn.Baidura bersama suami.

Baby baru SKDABB-(Pn.Shahrina).

Inilah dia wajah anak Pn.Shahrina yang ke-4.Lahir di hospital Putrajaya pada 28 ogos 2009. Beratnya 3.57 kg. Sekarang dah 5 kilo lebih.Nama yg telah diberi ialah Siti Nur Bahyah bt.Zulkiflee.

04 November 2009

Bowling 2/2009

4/11/09-Bermula jam 3.00 petang seramai 21 orang guru dari SKDABB telah memenuhi ruang legar Super Bowl,Bangi bagi menghadiri perlawanan persahabatan bowling antara guru SKDABB kali ke-2.Matlamat program ini ialah untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara guru-guru SKDABB di samping merehatkan minda masing-masing.Pertandingan ini telah dimenangi oleh En.Mohd Yazie (Guru Lelaki),Pn.Azura Abdullatif (Guru Perempuan) dan pemain harapan Pn.Zuria Abdullah.

25 October 2009

Sukan Tahunan 2009.

24/10/09-Sukan Tahunan kali ke-28 SKDABB telah diadakan di Stadium Permata Petronas,Pusat Latihan Bangi.Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar.Majlis telah berlangsung dengan penuh gemilang sekali,pelbagai acara telah dijalankan dan johan keseluruhan bagi tahun ini telah disandang oleh Rumah Biru.Tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak bernasib baik,cuba lagi di tahun hadapan.

15 October 2009

Jamuan Raya

15/10/09-Satu majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di kantin sekolah dan telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SKDABB.Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pn.Guru Besar dan diserikan lagi dengan pemberian saguhati kepada beberapa orang guru yang baru mendapat cahaya mata.Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali.
p/s: Gambar dari kiri Pn.Farizah,Pn.Nur Mardhiah Hayati dan Pn.Zaida.

14 October 2009

Program RIMUP '09

14/10/09-Program RIMUP kategori 'Sukan Rakyat' telah diadakan di SKDABB bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari.Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai program ini iaitu SKDABB,SK.Dengkil,SJK (C) Dengkil,SJK (T) Dengkil dan SK.Pulau Meranti.

13 October 2009

KURSUS LADAP

10/10/09-Sabtu,Program Perkembangan Staf yang bertajuk "Budaya Kerja Kelas Pertama" telah disampaikan oleh En.Khamsani b.Kassim (Pegawai Sektor Psikologi & Kaunseling,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor) di Makmal Komputer A,SKDABB.Obejktif program ini ialah untuk menyuntik semangat guru untuk bekerja dengan lebih berdedikasi,meningkatkan kualiti P&P melalui guru yang cemerlang,membentuk guru yang bersikap positif dan optimis dan memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Program ini tamat pada jam 3.00 petang.

05 October 2009

KURSUS LADAP

3/10/09-Program perkembangan staf (Komunikasi Berkesan) yang telah disampaikan oleh Tn.Hj.Zailan b.Wagimin (Pegawai di Sektor Psikologi & Kaunseling,JPNS) di Makmal Komputer A,SKDABB bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang.Tujuan utama kursus ini ialah bagi melahirkan guru yang berkarisma,progresif dan dinamik.Ia juga bagi melahirkan guru yang bijak berkomunikasi dalam pelbagai situasi dan ia juga bagi mewujudkan iklim yang sihat di kalangan warga sekolah,seterusnya membina hubungan yang harmoni sesama warga sekolah.

02 October 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri...

2/10/09-Satu majlis sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan.Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.Semua pelajar memakai pakaian hari raya dan majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali.

29 September 2009

Majlis bermaaf-maafan.

17/9/09-Satu majlis bermaaf-maafan diantara pelajar dan guru-guru SKDABB telah diadakan selepas perhimpunan pagi di tapak perhimpunan.Majlis ini diserikan lagi dengan lagu-lagu raya dan yang pastinya apabila lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramle-Dendang Perantau berkumandang telah mengundang kesayuan di hati para guru yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing apabila tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.

Guru Pelatih

17/9/09-Merupakan hari terakhir buat kumpulan guru pelatih KPLI yang menjalani praktikum di SKDABB yang bermula dari 22/6/09 - 18/9/09.Gambar menunjukkan majlis penyerahan hadiah daripada pihak guru pelatih kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Pn.Guru Besar.
Guru pelatih tersebut terdiri daripada : Ahmad Asraf b.Md Harun,Amal Nasrin bt.Hj.Khairudin,Mazniah bt.Mandin & Mahani bt.Mohamad -(IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi) ,Muhammad Nazeri b.Saiden,Zaripah bt.Ismail,Che Roslina bt.Che Omar dan Azyanti bt.Johari - (IPGM Kampus Bahasa Melayu,KL) dan Suriati bt.Shafie - (IPGM Kampus Sultan Mizan,Besut).

17 September 2009

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan '09

16/9/09 - Majlis penutup bulan kemerdekaan 2009 telah diadakan di tapak perhimpunan.Majlis ini telah dijalankan secara ringkas dan telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar,Pn.Noredzan bt.A.Bakar.Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan bendera Malaysia oleh setiap kelas kepada Pn.Guru Besar.

14 September 2009

UPSR '09

Akhirnya pada 8 - 10/9/09 , semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan UPSR,tidak terkecuali bagi pelajar di SKDABB.Seramai 126 orang pelajar tahun 6 di SKDABB telah menduduki peperiksaan tersebut.Semoga UPSR tahun '09 akan lebih ramai lagi yang akan mendapat 5A khususnya di SKDABB.Bersama-samalah kita doakan agar impian ini tercapai,insyaAllah.

07 September 2009

Mohon restu...

Jumaat 4/9/09 - satu majlis ringkas iaitu majlis bermaaf-maafan diantara pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 8-10/9/09 dengan semua guru SKDABB.Majlis ini bertujuan untuk 'memohon restu' daripada semua guru SKDAB.Majlis ini telah diadakan selepas selesai tazkirah ramadhan.
Semua warga SKDABB & PIBG mendoakan semoga pelajar tahun 6 SKDABB akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

03 September 2009

Program sempena bulan Ramadhan '09

Alhamdulillah,dapat lagi kita bersama dengan bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini.Seperti kebiasaan,pihak sekolah terutamanya Panitia Agama Islam akan menjalankan program sepanjang bulan ramadhan dan antaranya ialah tazkirah pagi di tapak perhimpunan pada setiap pagi selama 10 minit.Pada tahun ini program yang dijalankan telah diberi nama "Bingkisan Ramadhan".
Gambar di atas menunjukkan ustaz Supian sedang menyampaikan tazkirah pagi.

Baby baru SKDABB-(Pn.Kamariah).

Inilah dia wajah putera yang baru Pn.Kamariah bt.Sutar.Diberi nama Isyraf Haikal yang dilahirkan pada 5/7/09 yang lalu.Semoga dengan kehadiran Isyraf Haikal akan menjadikan hidup Pn.Kamariah sekeluarga akan bertambah bahagia.

01 September 2009

Ujian saringan H1N1.

Gambar menunjukkan Cikgu Idris juga sedang memeriksa suhu badan pelajar-pelajar.Pemeriksaan ini dilakukan secara serentak sebaik selesai perhimpunan pagi.Alhamdulillah tiada seorang pun pelajar yang didapati suhu badannya tinggi.

Ujian saringan H1N1.

1/9/09-satu ujian saringan H1N1 telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar SKDABB bagi mengesan suhu badan yang tinggi atau demam.Gambar di atas Cikgu Arosidin sedang memeriksa suhu badan melalui telinga.

Selamat kembali ke SKDABB.

Tahniah dan selamat kembali diucapkan kepada Pn.Juliana bt.Jamaludin.Beliau telah pun melaporkan diri di SKDABB pada 24/8/09 setelah kembalinya beliau ke Malaysia dari Filipina.Beliau berada di Davao City,Filipina selama 4 tahun kerana mengikuti suaminya yang bertugas di sana.Pada 1/9/09 beliau telah memulakan kembali tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris.Selamat bertugas kembali.

30 August 2009

Juhari Rasuli (bekas guru SKDABB).

Pada 27/8/09 Cikgu Manap berkesempatan untuk singgah ke rumah Cikgu Juhari dalam perjalanan untuk ke Maktab Perguruan Sultan Abd.Halim.Alhamdulillah,Cikgu Juhari & keluarga di dalam keadaan sihat.Menurut Cikgu Juhari,beliau baru sahaja menduduki rumahnya sendiri di Sg.Petani.Beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SKDABB.Alamat rumah beliau : NO: 913, JLN. BPJ 3/19B, BANDAR PUTERI JAYA,SG.PETANI. Tel : 012-4545582


Cikgu Jasni (bekas guru SKDABB) kembali ke SKDABB.

Pada 20/8/09 , Cikgu Jasni telah berkesempatan untuk datang ke SKDABB.Sambil bertanyakan khabar,beliau begitu kagum dengan perkembangan khasnya dari segi kecerian sekolah.( Dari kiri : Cikgu Jasni,Cikgu Manap,Cikgu Juridah & Cikgu Suhaila ).

19 August 2009

Johan pertandingan membuat doh.

Pertandingan Tunas Kreatif Prasekolah Daerah Sepang 2009 telah diadakan pada 4/8/09 di SK.KLIA.Acara yang dipertandingkan ialah pertandingan mewarna dan pertandingan membentuk doh.SKDABB telah menghantar wakil bagi kedua-dua acara tersebut.Pertandingan membuat doh,SKDABB telah menjadi johan dan ia telah diwakili oleh adik Izzat haqimi b.Ruzain,Zureen Batriisya bt.Mohd Izman dan Nur Aisyah Faiqah bt.Khairul.Bagi acara mewarna pula SKDABB mendapat hadiah saguhati dan ia diwakili oleh adik Noor Intan Sabrina bt.Akhyah,Nor Fareena Tasya bt.Zani dan Nur Ain Balqis bt.Kamal Sroha.Tahniah diucapkan buat semua yang terlibat.(Gambar atas:Guru Besar memegang doh yg berjaya mendapat tempat pertama hasil kreativiti pelajar SKDABB).

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2009.

17/8/09 (Isnin)-SKDABB telah melancarkan sambutan bulan kemerdekaan 2009.Majlis tersebut telah dimulai dengan ucapan dari Guru Besar kemudian diikuti dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan Keranamu Malaysia.Akhir sekali majlis di serikan lagi dengan penyerahan bendera Malaysia untuk setiap kelas yang akan disimpan di kelas masing-masing sehingga tamat bulan kemerdekaan.

10 August 2009

Baby baru SKDABB.

10/8/09-Inilah dia wajah terbaru baby baru Ustazah Mahani yg bernama Al-Adib.Gambar ini telah dikirim oleh Pn.Norazura yg telah melawat Pn.Mahani pada 8/8/09 yang lalu.Semoga Pn.Mahani dan baby beliau di dalam keadaan sihat sentiasa.

Pertandingan Lalu Lintas 2009.

10/8/09-Pada 9 Ogos 2009 yang lalu,seramai 17 orang murid SK Dato' Abu Bakar Baginda telah menyertai pertandingan Pendidikan Lalu Lintas MJKR-SHELL Peringkat Negeri Selangor di Harmony Akademi, Kuang,Selangor.Dalam penyertaan buat pertama kalinya, SK Dato' Abu Bakar Baginda telah mendapat tempat ke-enam dalam pertandingan tersebut.Tahniah diucapkan kepda semua yg terlibat terutama kpd guru pengiring yg telah berkerja keras dari sebelum hingga selesai pertandingan iaitu Cikgu Ismail dan Cikgu Masliza.

07 August 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008

6/8/09-Nilai Negeri Sembilan,Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi PPD daerah Sepang bagi tahun 2008 telah berlangsung di Auditorium Akademik Audit Negara,Bandar Enstek Nilai.4 orang guru dari SKDABB telah mendapat APC iaitu dari kiri:Pn.Masliza,Cik Hjh.Aszoura,En.Idris dan Pn.Juridah.Tahniah diucapkan.

02 August 2009

Hari Karnival PIBG 2009.

1/8/09-Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil dari Pegawai Pelajaran Daerah Sepang.Majlis ini telah berlangsung dengan begitu meriah sekali.Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti gerai menjual buah-buahan,air minuman,makanan serta pameran daripada badan-badan kerajaan.Terima kasih kepada semua yang telah menjayakannya.

30 July 2009

Selamat Hari Lahir...


Selamat hari lahir kepada Pn.Farizah bt.Che Hussin pada 30/7/09 yang ke -37.Semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan semoga berbahagia selalu.

26 July 2009

Perkhemahan di Sg.Congkak.

Pada 25-26/7/09 satu Perkhemahan Unit Beruniform SKDABB telah dijalankan di Kem Rimba Ria,Suara Hutan,Sungai Congkak Hulu Langat Selangor.Matlamat perkhemahan ini adalah bagi mencungkil bakat kepimpinan,berdisiplin,bekerjasama,berdedikasi,bertanggungjawab serta berakhlak mulia untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang yang diceburi.Sepanjang 2 hari 1 malam di kem tersebut beberapa program telah dijalankan antaranya aktiviti kawad kaki,tunjuk cara memasang khemah,Team Building,Kembara Si Buta,Langkah Pendekar dan persembahan kumpulan.Sepanjang aktiviti berjalan didapati tahap disiplin dan sifat kerjasama diantara pelajar begitu tinggi sekali.Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Puan Guru Besar SKDABB,Pn.Noredzan bt.A.Bakar pada pagi 26/7/09.Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.

Cikgu Rusidah (bekas guru SKDABB) kembali ke SKDABB.

Pada pagi 25/7/09 Pn.Rusidah sempat menjengah cikgu-cikgu di SKDABB sebelum berangkat ke Pusat Pembelajaran OUM di KL.Semasa ketibaan beliau,kebetulan SKDABB sedang dalam proses menunggu pelajar-pelajar unit beruniform sekolah untuk mendaftar diri ke perkhemahan di Sungai Congkak.Secara peribadi Cikgu Rusidah menyatakan perasaan rindunya terhadap SKDABB.(Cikgu Rusidah nombor tiga dari kiri).


24 July 2009

Juhari Rasuli (bekas guru SKDABB).

Lawatan Cikgu Juhari Rasuli ( nombor dua dari kiri) dari Kedah ke SKDABB pada 24/7/09.Sebenarnya beliau singgah sekejap sempena lawatan wakil Jabatan Pelajaran Kedah ke SK.Kota Warisan Sepang.Cikgu Juhari begitu seronok dan teruja apabila sampai di SKDABB kerana banyak perubahan yang telah berlaku semenjak beliau berpindah ke Kedah 3 tahun yang lalu.

01 July 2009

Majlis khatam Al-Quran peringkat daerah Sepang

Majlis ini telah diadakan pada 24/6/09 di SK.Sungai Merab Luar,Sepang.SKDABB telah menghantar peserta untuk acara dikir barat bahasa arab,kuiz dan tilawah al-Quran.Acara dikir barat telah menjadi johan daerah Sepang dan akan mewakili Sepang ke peringkat negeri pada bulan Julai nanti,manakala pasukan kuiz hanya mendapat tempat ke-3.

28 June 2009

Bintang SKDABB 2009.

Johan kategori kakitangan sekolah : En.Abd.Halim @ Wak Ray

Johan Tahap 2 : Shahrizal b.Zabir (6L)

Johan Tahap 1 : Saiful Idzham b.Hassan (3L).




Bintang SKDABB 2009.

Pada 27/6/09 satu pertandingan karaoke peringkat sekolah yang telah dijalankan.Pertandingan ini merupakan yang pertama kali dianjurkan dan ia telah dianjurkan oleh Panitia Muzik sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah '09 bagi mencungkil bakat-bakat yang terpendam di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah selain dapat melahirkan para pelajar yang berani untuk berhadapan dengan khalayak ramai.Pertandingan ini telah diberi nama "Bintang SKDABB 2009" dan ia telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar.

26 June 2009

Hari Jalinan Mesra.

Hari Jalinan Mesra bersama ibu bapa '09 telah diadakan pada 26/6/09 bermula jam 8.00 - 11:30 pg.Matlamat program ini ialah untuk merapatkan hubungan ibu bapa pelajar dengan pihak sekolah disamping dapat mengetahui permasalahan antara pelajar sama ada di sekolah mahupun di rumah.Program ini merupakan program tahunan SKDABB.Program pada kali ini di dapati berjaya mencapai objektif kerana ramai ibu bapa yang hadir.

Rombongan-Cheda ke Sabah.

Pada 19-21/6/09 beberapa orang guru dari SKDABB telah mengadakan satu lawatan ke Sabah.(Pn.Guru Besar & suami,GPK1 & suami,GPK HEM,En.Manap & keluarga, En.Idris & keluarga,Pn.Zaida & keluarga,Pn.Farizah,Pn.Mardhiah & keluarga,Pn.Juridah,Pn.Norwati dan Pn.Halimah & suami).Projek ini di namakan Rombongan-Cheda.Projek lawatan ini sebenarnya telah lama dirancang dan lawatan ini merupakan lawatan yang pertama bagi ahli Rombongan-Cheda.Beberapa tempat yg menarik telah kami lawati,antaranya ialah Hot Spring di Poring,Kundasang dan yang paling penting ialah di kaki Gunung Kinabalu.Untuk maklumat lanjut sila lawat : http://rombongan-cheda.blogspot.com

Kursus LADAP 3/2009

"Program Sekolah Selamat" yang telah disampaikan oleh Pn.Zaitun bt.Ibrahim.Beliau merupakan GPK1 di SMK. Saujana Utama,Kajang.Matlamat kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan guru bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah dan yang paling utama ialah mengamalkan cara hidup selamat semasa di dalam dan di luar kawasan sekolah.Taklimat telah dibuat di makmal komputer A,bermula jam 2.30 ptg dan berakhir jam 5.30 ptg.

Kursus LADAP 2/2009



Kursus Pemantapan Profesionalisme Keguruan "Membina Integriti Guru" telah disampaikan oleh Tn.Hj.Mohamed Ghazali b.Hj.Hamzah pada 16/6/09 di makmal komputer A.Matlamat kursus ini ialah untuk melahirkan guru yang berkarisma,progresif dan dinamik.Ia juga bagi menanam perasaan ikhlas dalam setiap diri guru dalam menjalankan tugas dan akhir sekali untuk mewujudkan iklim yang sihat di kalangan guru,seterusnya memupuk sikap toleransi dalam menggembleng tenaga berkhidmat untuk bangsa.Program bermula pada jam 2.30 ptg dan berkahir jam 5.30 ptg.

29 May 2009

Jamuan perpisahan-Pn.Rusidah.

Pada 29/5/09 SKDABB telah mengadakan satu jamuan khas untuk Pn.Rusidah bt.Mohamad Masirin yang akan bertukar sekolah ke Hulu Perak.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini lebih daripada 13 tahun dan merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.Diharapkan agar Pn.Rusidah dapat menjalani kehidupan yang baru sebagai seorang guru di negeri Perak nanti,dan tidak lupa juga pihak sekolah ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Pn.Rusidah dan suami.

28 May 2009

Pertandingan Bowling.

Pertandingan bowling tertutup SKDABB sempena sambutan Hari Guru '09 telah diadakan pada 28/5/09 di Alamanda,Putrajaya.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Pekerja.Pertandingan begitu meriah sekali dimana rupanya ramai di antara guru-guru SKDABB begitu berbakat sekali dalam permainan bowling ini.Terdapat juga di antara guru-guru permainan ini merupakan permainan mereka yang pertama "seumur hidup" tetapi di dapati boleh bermain setanding dengan guru-guru yang lebih senior dalam bowling.Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Ismail,Zainor & Fazirul,manakala pemenang bagi kategori individu telah dimenangi oleh En.Ismail.
p/s: Tahniah kepada yang telah memeriahkan acara tersebut,tahun depan kita berentap lagi...