19 November 2009

Jamuan Hi-Tea 2009

19/11/09-Jamuan Hi-Tea semua kakitangan SKDABB telah diadakan di D' Tasik,UNITEN bermula jam 2.30 ptg dan tamat jam 5.00 ptg.Majlis ini juga merangkumi majlis perpisahan buat 3 orang guru SKDABB yang akan bertukar,antaranya Pn.Zainah yang akan berpindah ke Melaka,Pn.Faridah berpindah ke SK.Taman Jasmin,Kajang dan Pn.Norhayati berpindah ke SK.Dengkil.Majlis Hi-Tie telah berlangsung dalam suasana yang meriah sekali,majlis diserikan lagi dengan cabutan bertuah (semua kakitangan dapat) serta beberapa anugerah khas yang telah dimenangi oleh beberapa orang guru dan kakitangan sekolah.
(gambar di atas penyerahan cenderamata daripada guru-guru yg akan bertukar kepada pihak sekolah yg diwakili oleh Guru Besar).

5A UPSR 2009.

19/11/09-Keputusan rasmi UPSR 2009 telah dikeluarkan dan alhamdulillah seramai 20 pelajar dari SKDABB telah berjaya memperoleh 5A ( tahun 2008 seramai 19 pelajar mendapat 5A).Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat 5A dan tahniah juga buat guru-guru yang bersama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah.
(senarai penuh pelajar-pelajar yang mendapat 5A akan dimuat-naik dalam masa terdekat.)

Hari Anugerah Kecemerlangan '09

19/11/09-Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) telah berlangsung dengan lancar dan penuh warna-warni.Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn.Hj.Sailan b.Misran-Ketua Unit Teknik & Vokasional PPD Sepang.Majlis telah bermula tepat jam 9.00 pagi dan tamat jam 12 tengahari.Majlis diserikan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tahun 2 yang telah menjadi johan daerah Sepang '09 dalam pertandingan Action Song dan persembahan dikir barat Bahasa Arab yang telah menjadi johan daerah Sepang '09.Dalam majlis ini tiga orang pelajar telah dinobatkan sebagai tokoh pelajar bagi tahun 2009.Fatin Afiqah bt.Hasidin (6I)-Tokoh Ko-Kurikulum,Nur Sabrina bt.Mohd Zaid (6I)-Tokoh Kurikulum dan Mohd Akmal b.Norazman-Tokoh Pelajar.

17 November 2009

Lawatan Sambil Belajar.

17/11/09-Satu lawatan sambil belajar bagi Pengawas Pusat Sumber dan Persatuan Usahawan SKDABB ke kilang roti Hi-5 di Shah Alam dan Petrosains di KLCC.Banyak pengalaman yang baru telah diperolehi oleh para pelajar ketika melawat kedua-dua tempat tersebut.Semoga pengalaman yang diperolehi ini akan dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat bersama dalam lawatan tersebut.Guru pengiring bagi lawatan kali ini terdiri daripada Pn.Meslina,Pn.Zuria,Pn.Huraini,En.Mat Rozi,En.Abd.Ghani dan En.Abd.Manap.

Jamuan Perpisahan Tahun 6.

16/11/09-Majlis jamuan perpisahan bagi meraikan tahun 6 yang akan tamat pengajian mereka di sekolah rendah telah diadakan di dewan SKDABB.Majlis ini diserikan lagi dengan acara persembahan dikir barat daripada pelajar-pelajar dan seterusnya jamuan makan untuk semua guru dan kakitangan SKDABB bersama pelajar-pelajar tahun 6/2009.

14 November 2009

Jamuan makan...

14/11/09-Pn.Nur Mardhiah Hayati Ainillah & suami En.Hairul Nizam telah berbesar hati mengadakan jamuan makan untuk rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran berhampiran sempena memasuki rumah baru.Rumah baru ini terletak di No:10 Jln. 1/1,Taman Arked,Paya Indah Wetland,Dengkil.Ramai rakan-rakan sekerja kedua-dua belah pihak telah datang bagi menjamu selera.Majlis bertambah seri dengan kehadiran Pn.Robaayah Hashim (bekas rakan sekerja).
p/s: Lauk ayam masak merah Kak Tie memang power la...


Baby baru SKDABB-(Pn.Baidura).

Inilah dia wajah terbaru baby Baidura.Gambar ini diambil di rumah Pn.Nur Mardhiah Hayati.Baby lelaki yg dilahirkan di Hospital Kajang pada 17.8.09.Baby ini telah diberi nama Nik Sollehuddin b.Nik Mohamad Nordin.
p/s: Gambar Pn.Baidura bersama suami.

Baby baru SKDABB-(Pn.Shahrina).

Inilah dia wajah anak Pn.Shahrina yang ke-4.Lahir di hospital Putrajaya pada 28 ogos 2009. Beratnya 3.57 kg. Sekarang dah 5 kilo lebih.Nama yg telah diberi ialah Siti Nur Bahyah bt.Zulkiflee.

04 November 2009

Bowling 2/2009

4/11/09-Bermula jam 3.00 petang seramai 21 orang guru dari SKDABB telah memenuhi ruang legar Super Bowl,Bangi bagi menghadiri perlawanan persahabatan bowling antara guru SKDABB kali ke-2.Matlamat program ini ialah untuk mengeratkan lagi persahabatan di antara guru-guru SKDABB di samping merehatkan minda masing-masing.Pertandingan ini telah dimenangi oleh En.Mohd Yazie (Guru Lelaki),Pn.Azura Abdullatif (Guru Perempuan) dan pemain harapan Pn.Zuria Abdullah.