25 October 2009

Sukan Tahunan 2009.

24/10/09-Sukan Tahunan kali ke-28 SKDABB telah diadakan di Stadium Permata Petronas,Pusat Latihan Bangi.Bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.Majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar.Majlis telah berlangsung dengan penuh gemilang sekali,pelbagai acara telah dijalankan dan johan keseluruhan bagi tahun ini telah disandang oleh Rumah Biru.Tahniah kepada yang menang dan kepada yang tidak bernasib baik,cuba lagi di tahun hadapan.

15 October 2009

Jamuan Raya

15/10/09-Satu majlis jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di kantin sekolah dan telah dihadiri oleh semua guru dan kakitangan SKDABB.Majlis dimulakan dengan ucapan dari Pn.Guru Besar dan diserikan lagi dengan pemberian saguhati kepada beberapa orang guru yang baru mendapat cahaya mata.Majlis telah berlangsung dengan meriah sekali.
p/s: Gambar dari kiri Pn.Farizah,Pn.Nur Mardhiah Hayati dan Pn.Zaida.

14 October 2009

Program RIMUP '09

14/10/09-Program RIMUP kategori 'Sukan Rakyat' telah diadakan di SKDABB bermula jam 8.00 pagi - 12.00 tengahari.Sebanyak 5 buah sekolah telah menyertai program ini iaitu SKDABB,SK.Dengkil,SJK (C) Dengkil,SJK (T) Dengkil dan SK.Pulau Meranti.

13 October 2009

KURSUS LADAP

10/10/09-Sabtu,Program Perkembangan Staf yang bertajuk "Budaya Kerja Kelas Pertama" telah disampaikan oleh En.Khamsani b.Kassim (Pegawai Sektor Psikologi & Kaunseling,Jabatan Pelajaran Negeri Selangor) di Makmal Komputer A,SKDABB.Obejktif program ini ialah untuk menyuntik semangat guru untuk bekerja dengan lebih berdedikasi,meningkatkan kualiti P&P melalui guru yang cemerlang,membentuk guru yang bersikap positif dan optimis dan memastikan segala tugas yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna.Program ini tamat pada jam 3.00 petang.

05 October 2009

KURSUS LADAP

3/10/09-Program perkembangan staf (Komunikasi Berkesan) yang telah disampaikan oleh Tn.Hj.Zailan b.Wagimin (Pegawai di Sektor Psikologi & Kaunseling,JPNS) di Makmal Komputer A,SKDABB bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 3.00 petang.Tujuan utama kursus ini ialah bagi melahirkan guru yang berkarisma,progresif dan dinamik.Ia juga bagi melahirkan guru yang bijak berkomunikasi dalam pelbagai situasi dan ia juga bagi mewujudkan iklim yang sihat di kalangan warga sekolah,seterusnya membina hubungan yang harmoni sesama warga sekolah.

02 October 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri...

2/10/09-Satu majlis sambutan sempena Hari Raya Aidilfitri telah diadakan.Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.Semua pelajar memakai pakaian hari raya dan majlis berlangsung dengan begitu meriah sekali.