29 September 2009

Majlis bermaaf-maafan.

17/9/09-Satu majlis bermaaf-maafan diantara pelajar dan guru-guru SKDABB telah diadakan selepas perhimpunan pagi di tapak perhimpunan.Majlis ini diserikan lagi dengan lagu-lagu raya dan yang pastinya apabila lagu dendangan Allahyarham Tan Sri P.Ramle-Dendang Perantau berkumandang telah mengundang kesayuan di hati para guru yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing apabila tamat sesi persekolahan pada hari tersebut.

Guru Pelatih

17/9/09-Merupakan hari terakhir buat kumpulan guru pelatih KPLI yang menjalani praktikum di SKDABB yang bermula dari 22/6/09 - 18/9/09.Gambar menunjukkan majlis penyerahan hadiah daripada pihak guru pelatih kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Pn.Guru Besar.
Guru pelatih tersebut terdiri daripada : Ahmad Asraf b.Md Harun,Amal Nasrin bt.Hj.Khairudin,Mazniah bt.Mandin & Mahani bt.Mohamad -(IPGM Kampus Pendidikan Islam Bangi) ,Muhammad Nazeri b.Saiden,Zaripah bt.Ismail,Che Roslina bt.Che Omar dan Azyanti bt.Johari - (IPGM Kampus Bahasa Melayu,KL) dan Suriati bt.Shafie - (IPGM Kampus Sultan Mizan,Besut).

17 September 2009

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan '09

16/9/09 - Majlis penutup bulan kemerdekaan 2009 telah diadakan di tapak perhimpunan.Majlis ini telah dijalankan secara ringkas dan telah dirasmikan oleh Pn.Guru Besar,Pn.Noredzan bt.A.Bakar.Majlis ini telah diakhiri dengan penyerahan bendera Malaysia oleh setiap kelas kepada Pn.Guru Besar.

14 September 2009

UPSR '09

Akhirnya pada 8 - 10/9/09 , semua pelajar tahun 6 di seluruh Malaysia telah menduduki peperiksaan UPSR,tidak terkecuali bagi pelajar di SKDABB.Seramai 126 orang pelajar tahun 6 di SKDABB telah menduduki peperiksaan tersebut.Semoga UPSR tahun '09 akan lebih ramai lagi yang akan mendapat 5A khususnya di SKDABB.Bersama-samalah kita doakan agar impian ini tercapai,insyaAllah.

07 September 2009

Mohon restu...

Jumaat 4/9/09 - satu majlis ringkas iaitu majlis bermaaf-maafan diantara pelajar-pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada 8-10/9/09 dengan semua guru SKDABB.Majlis ini bertujuan untuk 'memohon restu' daripada semua guru SKDAB.Majlis ini telah diadakan selepas selesai tazkirah ramadhan.
Semua warga SKDABB & PIBG mendoakan semoga pelajar tahun 6 SKDABB akan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

03 September 2009

Program sempena bulan Ramadhan '09

Alhamdulillah,dapat lagi kita bersama dengan bulan ramadhan yang mulia pada tahun ini.Seperti kebiasaan,pihak sekolah terutamanya Panitia Agama Islam akan menjalankan program sepanjang bulan ramadhan dan antaranya ialah tazkirah pagi di tapak perhimpunan pada setiap pagi selama 10 minit.Pada tahun ini program yang dijalankan telah diberi nama "Bingkisan Ramadhan".
Gambar di atas menunjukkan ustaz Supian sedang menyampaikan tazkirah pagi.

Baby baru SKDABB-(Pn.Kamariah).

Inilah dia wajah putera yang baru Pn.Kamariah bt.Sutar.Diberi nama Isyraf Haikal yang dilahirkan pada 5/7/09 yang lalu.Semoga dengan kehadiran Isyraf Haikal akan menjadikan hidup Pn.Kamariah sekeluarga akan bertambah bahagia.

01 September 2009

Ujian saringan H1N1.

Gambar menunjukkan Cikgu Idris juga sedang memeriksa suhu badan pelajar-pelajar.Pemeriksaan ini dilakukan secara serentak sebaik selesai perhimpunan pagi.Alhamdulillah tiada seorang pun pelajar yang didapati suhu badannya tinggi.

Ujian saringan H1N1.

1/9/09-satu ujian saringan H1N1 telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar SKDABB bagi mengesan suhu badan yang tinggi atau demam.Gambar di atas Cikgu Arosidin sedang memeriksa suhu badan melalui telinga.

Selamat kembali ke SKDABB.

Tahniah dan selamat kembali diucapkan kepada Pn.Juliana bt.Jamaludin.Beliau telah pun melaporkan diri di SKDABB pada 24/8/09 setelah kembalinya beliau ke Malaysia dari Filipina.Beliau berada di Davao City,Filipina selama 4 tahun kerana mengikuti suaminya yang bertugas di sana.Pada 1/9/09 beliau telah memulakan kembali tugasnya sebagai guru bahasa Inggeris.Selamat bertugas kembali.