29 May 2009

Jamuan perpisahan-Pn.Rusidah.

Pada 29/5/09 SKDABB telah mengadakan satu jamuan khas untuk Pn.Rusidah bt.Mohamad Masirin yang akan bertukar sekolah ke Hulu Perak.Beliau telah berkhidmat di sekolah ini lebih daripada 13 tahun dan merupakan antara guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini.Diharapkan agar Pn.Rusidah dapat menjalani kehidupan yang baru sebagai seorang guru di negeri Perak nanti,dan tidak lupa juga pihak sekolah ingin mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Pn.Rusidah dan suami.

28 May 2009

Pertandingan Bowling.

Pertandingan bowling tertutup SKDABB sempena sambutan Hari Guru '09 telah diadakan pada 28/5/09 di Alamanda,Putrajaya.Pertandingan ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru & Pekerja.Pertandingan begitu meriah sekali dimana rupanya ramai di antara guru-guru SKDABB begitu berbakat sekali dalam permainan bowling ini.Terdapat juga di antara guru-guru permainan ini merupakan permainan mereka yang pertama "seumur hidup" tetapi di dapati boleh bermain setanding dengan guru-guru yang lebih senior dalam bowling.Pertandingan ini telah dimenangi oleh kumpulan Cikgu Ismail,Zainor & Fazirul,manakala pemenang bagi kategori individu telah dimenangi oleh En.Ismail.
p/s: Tahniah kepada yang telah memeriahkan acara tersebut,tahun depan kita berentap lagi...

26 May 2009

Majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah-2009

Majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat 22/5/09.Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Pengawas Sekolah,Pn.Guru Besar dan YDP PIBG.Setelah itu majlis diteruskan dengan acara menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Pembina Negara Bangsa.Acara diteruskan lagi dengan acara sukaneka,persembahan guru-guru,majlis penyampaian hadiah dan seterusnya jamuan makan tengahari.Majlis bersurai pad ajam 12:30 tengahari.

Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik-2009

Kempen ini telah dianjurkan oleh TNB yang bertempat di Dewan Seri Sarjana UNITEN pada 18/4/09.Kempen ini telah dirasmikan oleh Tn.Pegawai Pendidikan Daerah Sepang iaitu YBhg.En.A.Rahman b.Hj.Ngit.SKDABB telah menghantar 2 orang wakil iaitu En.Abd.Manap dan En.Reduan.Kempen ini bertujuan untuk mendedahkan maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan keselamatan elektrik yang boleh digunapakai di sekolah.

Sambutan Maulidur Rasul 1430H / 2009

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada 27/3/09 di Dewan SKDABB.Sambutannya begitu meriah sekali,dimulakan dengan selawat beramai-ramai di tapak perhimpunan,ceramah oleh penceramah jemputan dan pertandingan nasyid.

24 May 2009

Action Song 2009 Peringkat Daerah Sepang.

Alhamdulillah berkat kesungguhan & kesabaran guru pembimbing Pn.Nor Jehan dan Pn.Muslina,SKDABB telah berjaya muncul johan peringkat daerah Sepang pada 25/3/09.

Mesyuarat Agong PIBG-2009

Mesyuarat agong PIBG 2009 telah berlangsung pada 28/2/09 di Dewan SKDABB.Sebulat suara telah melantik En.Azman b.Mohd Yob sebagai YDP PIBG sesi 2009/2010.

Majlis Perpisahan Pn.Rahmah.

Majlis ini telah berlangsung pada 27/2/09 bagi meraikan Pn.Rahmah bt.Ahmad yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM seterusnya akan berpindah ke Puchong.

Mesyuarat Agong KGP-2009

Mesyuarat agong KGP kali ini telah sebulat suara memilih En.Ismail sebagai pengerusi KGP sesi '09/'11 bagi menggantikan Pn.Rusidah bt.Masirin bagi sesi yang lepas.

Latihan Kebakaran.

Latihan kebakaran telah dijalankan pada 5/2/09 dengan bantuan oleh pihak bomba daripada cawangan Cyberjaya.Latihan ini bermula dengan isyarat bunyi loceng yang berpanjangan selama 3 kali,diikuti dengan pelajar-pelajar bergegas ke kawasan padang.Segala perancangan dan tindakan untuk latihan ini telah berjalan dengan lancar.latihan ini juga adalah sejajar dengan Program Sekolah Selamat dibawah kelolaan unit HEM.

Acara Merentas Desa-2009

Acara merentas desa bagi tahun ini telah berlangsung pada 30/1/09.Acara ini telah bermula di sekolah,laluan acara merentas desa ini merangkumi jarak 5 km dalam kawasan kampung Dato' Abu Bakar Baginda.Acara ini telah dibahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan.Selain sebagai acara tahunan sekolah,acara ini juga sebenarnya adalah platform untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan merentas desa peringkat daerah.

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah-2009

Watikah perlantikan bagi pengawas sekolah juga telah berlangsung pada hari yang sama iaitu pada 19/1/09.Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn.Noredzan bt.A.Bakar selaku Guru besar.Ketua Pengawas telah disandang oleh Abdul Muiz b.Abd.Manap (6I) manakala Penolong Ketua Pengawas ialah Nor Sabrina bt.Mohd Zaid (6I).
Tahniah kepada yang telah dilantik,semoga dapat menjalankan tugas dengan penuh berdedikasi & bertanggungjawab.

Watikah Perlantikan Pengawas Pusat Sumber-2009

Majlis watikah perlantikan Pengawas Pusat Sumber telah berlangsung pada 19/1/09 yang telah disempurnakan oleh Pn.Guru Besar-Pn.Noredzan bt.A.Bakar.Ketua Pengawas Pusat Sumber (Mohd Hariz-6J) dan Pen.Ketua (Nor Afiqah-6I)

2. Majlis Permuafakatan PIBG & Ibu Bapa-2009

Gambar menunjukkan ibu bapa yang hadir pada majlis tersebut.Penglibatan ibu bapa agak memberangsangkan.

1.Majlis Permuafakatan PIBG & Ibu Bapa-2009

Majlis ini telah berlangsung pada 17/1/09 di Dewan SKDABB yang bermula pada jam 8:30 pagi.Tujuan utama majlis ini ialah bagi menerangkan matlamat dan hala tuju setiap matapelajaran bagi murid-murid di tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR hujung tahun nanti.Selain daripada itu ia juga bertujuan untuk berbincang tentang isu-isu serta masalah yang sering timbul sama ada di pihak ibu bapa dan juga pihak guru bagi bersama-sama mencapai matlamat untuk kecemerlangan SKDABB dalam UPSR '09.

Hari pertama persekolahan.

Hari pertama bagi sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah bermula pada 5/1/09.Perjalanan sekolah dimulakan dengan perhimpunan rasmi pada pagi tersebut yang bermula pada jam 8:45 pagi.Didapati terdapat ramai ibu bapa yang menghantar dan menunggu anak-anak mereka terutama yang baru sahaja menjejakkan kaki ke tahun 1.Perhimpunan pada pagi tersebut berjalan dengan lancar.

Majlis Pendaftaran Tahun 1 (2009)

Majlis ini telah berlangsung pada 2 Januari 2009.Taklimat telah dibuat di kantin sekolah dengan diberi taklimat dan penerangan oleh Pn.Guru Besar dan Penyelaras Tahun 1 iaitu Pn.Siti Dora bt.Dollah.Perjalanan majlis berjalan dengan lancar.